"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Tuesday, 3 April 2012

KISAH KERANA 20 SEN, MASUK ISLAM





Ia seorang imam masjid di London , setiap hari pergi balik  dari rumahnya ke masjid dengan menaiki bas awam. Tambang bas tersebut dibayar dengan kad (card), atau langsung ke pemandu kerana  bas itu  tidak memiliki kondaktor. Setelah bayar, baru kemudian cari tempat duduk yang  kosong.

Ia pun , pada suatu hari,  membayar tambang  pada pemandu  lalu menerima bakinya, sebab hari itu ia tidak punya kad … baru kemudian duduk di bangku belakang yang kosong.

Di tempat duduknya dia menghitung wang bakinya  dari pemandu  yang ternyata terlebih 20 sen. Sejenak ia pun terfikir.. wang ini dikembalikan atau tidak yah..? Ah cuma 20 sen ini… ah dia (pemandu) orang kafir ini… atau aku masukkan saja ke kotak amal di masjid…??

Setelah sampai di tempat tujuan, ia pun hendak turun bas dengan berjalan melalui pemandu bas  tersebut. Dalam hatinya masih bergejolak atas wang 20 sen itu, antara dikembalikan atau tidak. Namun ketika sampai di dekat pemandu , spontan iapun mengulurkan 20 sen sambil berkata: “Wang bakinya berlebih 20 sen”.

Tanpa disangka tanpa ditanya.. pemandu  itu mengacungkan ibu jarinya seraya berkata: “Anda benar..!!!”
“Apa maksud anda..?” Tanya imam masjid.
“Bukankah anda imam masjid yang di sana tadi?” Tanya pemandu itu.
“Betul” jawabnya
Lantas pemandu  itu berkata…
“Sebenarnya sejak beberapa hari ini saya ingin datang ke masjid anda untuk belajar dan memeluk Islam,  tapi timbul keinginan di hati saya untuk menguji anda sebagai imam masjid, apa benar Islam itu seperti yang saya dengar: jujur, amanah dan sebagainya. Saya sengaja memberikan baki  berlebih dan anda berjaya. Saya akan masuk Islam”. Kata pemandu  tersebut..

Alangkah tercengangnya imam masjid tersebut, sambil beristighfar menyesali apa yang difikirkannya tadi. Hampir saja ia kehilangan kepercayaan hanya dengan wang 20 sen itu. Astaghfirullah…
Semoga jadi pelajaran buat kita untuk senantiasa bersikap sebagai seorang muslim sejati di mana saja,bila saja dan di hadapan siapa saja.

Ya Allah, semoga melalui pelajaran 20 sen ini, Kau menetapkan aku sebagai  hambaMu yg wara', taqwa dan istiqomah amiin

Kisah diatas juga mengingatkan seorang sahabat akan pengalaman peribadinya sebagai berikut: 


Saya bekerja di Konsultan Telekomunikasi Jerman, di HQ PT. Telkom Bandung sekitar tahun 1993.


Suatu saat di luar tugas utama (sebagai  System Engineer), saya diminta
memegang amanah sebagai  Project Finance & Acct.(saat itu, saya belum jadi Accountant).


Hari pertama assignment, saya diberi ‘petty cash’ Rp.3juta zaman itu. Head of Finance berkata,  ‘Cuba anda hitung, kurang gak?’ Saya jawab, ‘gak perlu lah, saya percaya’
Ia cuma senyum saja , saya pun merasai agak hairan.
Sesampai di workstation saya, saya hitung wangnya LEBIH Rp.100rb; saya pura-pura tidak tahu dulu kerana ada tugas lain.


Petang harinya, baru saya laporkan bahwa saya menerima lebihan wang Rp.100rb, kepada head of finance disertai permintaan maaf, kerana cuai  & kurang teliti..


Waktu berlalu 1 minggu....

Saya dipanggil, di depan Project Director, dikatakan bahwa wang lebihan yang Rp.100rb itu adalah ujian dan memang disengajakan, dan saya di kira lulus melaluinya!

Berikutnya dia pulang/pindah tugas ke Jerman (dan sudah direncanakan begitu), maka saya diambil untuk menggantikan tempatnya.

Kembali ke kisah imam masjid tadi,
terbayang oleh saya bagaimana perasaan si Imam Masjid itu.
JUJUR & AMANAH bagi saya, sampai hari ini masih menjadi ujian dari detik ke detik,
tanpa bimbingan-Nya mustahil kita dapat  melaluinya dengan betul dan jujur.





sumber: Suci Sekeping Hati

No comments:

Post a Comment