"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Wednesday 11 April 2012

KISAH PEMANDU TEKSI DAN KEPERITAN HIDUP




Hari ini saya berehat-rehat di Jusco Taman Maluri sambil menantikan van saya diservis 100,000km..dah lebih had 103,000km sudah. Saya terlepas pandang...rasa macam baru diservis. Kebetulan semalam van tersebut buat hal, 2 kali enjin mati di tengah jalan yang sibuk di Kuala Lumpur...memang panic giller sebenarnya, hari ini pun saya bawa dari Gombak ke Cheras dengan hati tak henti-henti berdo'a dan bergantung sepenuh harapan kepada Allah agar kenderaan yang dipandu yang menjadi nadi kehidupan tidak meragam di atas jalan. Alhamdulillah, saya selamat sampai ke destinasi di Tan Chong Service Centre di Cheras, berdekatan dengan Jaya Jusco Taman Maluri.


Jika seharian semalam dihabiskan masa berada di mahkamah, hari ini menghabiskan masa berwi-fi di food court, sebelum menerima panggilan dari suami untuk tolong hantarkan kunci pejabatnya yang ada pada saya. Saya memilih mengambil teksi ke KL Sentral bertemu suami. Tambangnya RM6.70 ikut meter. Okayla kerana saya tidak mahu memenatkan diri turun naik STAR dan PUTRA.


Jumpa suami serahkan kunci terus plan nak balik semula ke Taman Maluri menaiki teksi juga. Tidak tahu pula saya yang dari KL Sentral, kita perlu membeli kupon untuk menaiki teksi yang bermakna, tambangnya adalah fixed mengikut destinasi. Suami mengambil teksi ke pejabatnya di Taman Desa, fixed fare RM9...okayla sebab dia boleh claim dari company. Saya pula bila ditanya fixed fare ke Taman Maluri ialah RM12.00 bermakna hampir sekali ganda lebih mahal!....saya menarik diri dan berfikir banyak kali sambil berlegar sama ada hendak menaiki teksi atau turun naik LRT dan STAR dan berjalan lagi dalam panas terik....tak sanggup pula saya berpenat lelah sebab kesihatan pun tidak berapa mengizinkan....Jadi saya memilih menaiki teksi....bayar RM12.


Sebaik melangkah menaiki teksi, semerbak bau minyak angin!!!...Driver teksi ramah bersembang dengan saya mengenai cuaca yang amat panas pada hari ini. Katanya dia sebenarnya tidak sihat dan demam, namun terpaksa juga menguatkan diri untuk terus bekerja semata-mata untuk mencari rezeki.


Patutlah teksi semerbak dengan bauan minyak angin.


Pakcik Teksi bertanyakan kepada saya sekiranya saya tahu jika ada Bank Islam di sekitar Taman Maluri, saya maklumkan yang saya hanya tahu ada Bank Islam di Taman Melawati dan Selayang. Katanya dia punya dua orang anak yang bersekolah, seorang buat nursing di Kolej Nursing milik Kementerian Kesihatan dan seorang lagi membuat kursus pelancongan di Politeknik, tiada nada riak di suaranya cuma kedengaran suara yang mengeluh panjang tentang keperluan kewangan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak.


Beliau mengeluh yang banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap masa. Dia sedang mencari Bank Islam untuk memasukkan wang RM100 kepada anak sulongnya untuk perbelanjaan kolej, sehari sebelumnya beliau mengeluarkan wang untuk membeli buku anaknya yang agak mahal.


Saya mengiakan setiap perbualan yang keluar dari mulutnya dengan hati saya merasa insaf akan keperitan yang perlu dilaluinya...beliau memilih bekerja sebagai pemandu teksi dan meninggalkan isteri dan anak yang lain di kampung di Terengganu...beliau menyimpan hajat untuk pulang dan settle di kampung suatu hari kelak.

Saya juga terdengar perbualan beliau dengan anaknya di telefon.."Ye la, Along, petang sikit abah masukkan duit tu ke dalam akaun Along, tak de buku bank lain ke, susah nak cari bank islam..ye la abah akan masukkan".


Beliau juga melahirkan rasa kerisauan sekiranya wang yang diberikan dibelanja di jalan yang lain selain dari untuk pelajaran, namun saya meyakinkannya lebih-lebih lagi bila dia menyebut anaknya sering mendapat pointer 3.7..InsyaAllah, moga anaknya tidak mengecewakan penat lelah seorang ayah yang terpaksa mengenepikan kesenangan diri dan kesehatan maupun waktu rehat demi mencari rezeki untuk memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang bakal menjamin masa depan mereka.


Saya benar-benar insaf, sedih dan terharu. Saya sendiri terkenangkan perit jerih ayah dan ibu saya sendiri yang membesarkan 11 orang anak-anak dengan pendapatan yang tidak tetap dan menentu....Saya masih ingat kata-kata ibu saya kepada saya..."setiap kali Ta telefon cakap pasal duit, kalau Ba tengah makan terus berhenti makan dan akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anak-anak".....sedih...sayu..teharu...Moga Allah membalas segala jasa ibu dan ayah yang membesarkan kita...dengan nikmat kehidupan di Syurga yang kekal abadi...


Kini kita yang punya anak-anak dan tidak berpendapatan tinggi dan tidak berharta sudah mula perlu memikirkan tentang keperluan pendidikan anak-anak sejak dari mereka di dalam kandungan lagi...


Saya juga jadi semakin marah dan tidak puas hati dengan setiap berita dan cerita yang didengari tentang bagaimana pemimpin-pemimpin yang berkuasa yang terus menerus membazirkan wang rakyat, memenuhi poket-poket mereka sendiri dan kroni-kroni mereka..menerima dan memberi rasuah....dan bermacam salah laku lagi tanpa menghiraukan nasib rakyat bawahan....


Rakyat bawahan terus menderita demi untuk terus mencari sumber kewangan untuk bukan sahaja kehidupan seharian malahan untuk menjamin kehidupan anak-anak yang membesar dalam persekitaran yang memerlukan kewangan yang banyak....


We have to unite...struggle, be part of the nation who struggle to make Malaysia a better place for ou future generation.....


Sesampai di hadapan Jaya Jusco, pakcik teksi memberhentikan teksi dan berpesan kepada saya untuk berhati-hati sewaktu berjalan di kawasan ini kerana ada banyak kes ragut terjadi...terharu di hati mendengar pesanan ikhlas darinya...dalam do'a saya panjatkan agar Allah merahmati dan mengurniakan rezeki buatnya.....Amin....

Sumber: Ummu Asiah
              Sepanjang Jalan Kenangan

1 comment:

  1. Saya Rambo Hitam dari Grammy, saya bekerja di Kem Grammy, isteri saya meninggal dunia 6 tahun yang lalu dan sejak saya menjaga anak tunggal saya bernama Clinton, seorang kawan nasihat saya untuk mencari isteri, pada pencarian saya bertemu Jennifer dia dan wanita Inggeris, Saya suka begitu banyak bahawa saya boleh memberikan segala-galanya dia berusia 37 tahun, selepas beberapa waktu bertarikh saya begitu banyak cinta dengannya, kami mempunyai beberapa salah faham, dan dia pecah dengan saya dan saya merayu kepadanya untuk kembali anak saya dipanggil dia berkata Tidak, bahawa dia telah menemui orang lain, dan kita suka antara satu sama lain selepas beberapa hari saya membaca artikel tentang bagaimana Dr Lomi boleh membantu membawa kembali , Saya memutuskan untuk mencuba, saya menghubungi Dr Lomi untuk membantu beliau memberitahu saya apa yang perlu dilakukan untuk membawa balik kekasih saya yang saya lakukan, dia melakukan doa dan Jennifer kembali dia mencintai saya dan menghargai saya lebih sekarang, dan kami mempunyai masa terbaik dalam hidup kita, Dr Lomi juga menyediakan beberapa herba semulajadi yang membuat saya kuat dan sihat lagi sekarang saya merasa seperti seorang pemuda saya berpuas hati dengan seksualnya sangat baik kita berdua gembira, hubungi Dr Lomi pada nombor WhatsApp +2349034287285 atau e-mel kepadanya di lomiultimatetemple@gmail.com HE MEMPUNYAI PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK ANDA

    ReplyDelete