"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Saturday 20 July 2013

MEMBONGKAR INFO TERPENDAM : KE MANA JASAD OSAMA ??

Hari ini puasa yang ke 12 tahun ini , sementara menunggu berbuka puasa, aku terjumpa satu artikel mengenai mayat Asy Syahid Usamah bin Ladin. Cerita ini baru pertama kali aku jumpa. Dan aku yakin cerita ini benar kerana ia datangnya dari isteri Usamah sendiri. Sebagai orang yang berjuang di jalan Allah apalah gunanya jika hanya mahu mereka-reka cerita palsu. Bagi ku , orang yang berjuang dijalan Allah takkan mahu  membuat cerita palsu, kerana diri mereka sendiri mereka telah wakafkan untuk fi sabilillah.
Begini lah apa yang ku jumpa:






Kisah Ini Dipaparkan Kerana Amerika Masih Dilihat Terus Berbohong Di Atas Kesyahidan Syeikh Osama bin Laden.



Wednesday 29 May 2013

TUBUH ARIEL SHARON MEMBUSUK TAK DITERIMA TANAH...



Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi siapapun. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup atau “Mumia hidup” yang bernyawa tetapi “mati” .


Diberitakan bahwa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Dia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu.







Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Otaknya yang tersumbat menyebabkan kerosakan di seluruh tubuhnya.


Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad s.a.w yang dialkukannya secara terus menerus siang dan malam. Akhirnya dia menderita lumpuh seluruh badan dan tidak boleh menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon . dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui hal-hal disekelilingnya.


Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan dia masih hidup.


Demikianlah, mereka (para doktor) akan memotong anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.


Benarlah firman Allah SWT :
”Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar “(Fushilat:53)


Dia telah koma selama 4 tahun dan doktor doktor mengatakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun dan tidak mati. Begitulah siksa dunia yang Allah tunjukkan . Belum lagi seksa di akhirat. Dan dikatakan berat Ariel Sharon semakin menyusut dan dikatakan berat sekarang cuma kira kira 15 Kilogram


P/S:Subhanallah !sesungguhnya janji Allah itu pasti.Janganla kita berlaku zalim sesama manusia...


SUMBER