"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Saturday 20 July 2013

MEMBONGKAR INFO TERPENDAM : KE MANA JASAD OSAMA ??

Hari ini puasa yang ke 12 tahun ini , sementara menunggu berbuka puasa, aku terjumpa satu artikel mengenai mayat Asy Syahid Usamah bin Ladin. Cerita ini baru pertama kali aku jumpa. Dan aku yakin cerita ini benar kerana ia datangnya dari isteri Usamah sendiri. Sebagai orang yang berjuang di jalan Allah apalah gunanya jika hanya mahu mereka-reka cerita palsu. Bagi ku , orang yang berjuang dijalan Allah takkan mahu  membuat cerita palsu, kerana diri mereka sendiri mereka telah wakafkan untuk fi sabilillah.
Begini lah apa yang ku jumpa:






Kisah Ini Dipaparkan Kerana Amerika Masih Dilihat Terus Berbohong Di Atas Kesyahidan Syeikh Osama bin Laden.



Wednesday 29 May 2013

TUBUH ARIEL SHARON MEMBUSUK TAK DITERIMA TANAH...



Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi siapapun. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup atau “Mumia hidup” yang bernyawa tetapi “mati” .


Diberitakan bahwa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Dia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu.







Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Otaknya yang tersumbat menyebabkan kerosakan di seluruh tubuhnya.


Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad s.a.w yang dialkukannya secara terus menerus siang dan malam. Akhirnya dia menderita lumpuh seluruh badan dan tidak boleh menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon . dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui hal-hal disekelilingnya.


Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan dia masih hidup.


Demikianlah, mereka (para doktor) akan memotong anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.


Benarlah firman Allah SWT :
”Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar “(Fushilat:53)


Dia telah koma selama 4 tahun dan doktor doktor mengatakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun dan tidak mati. Begitulah siksa dunia yang Allah tunjukkan . Belum lagi seksa di akhirat. Dan dikatakan berat Ariel Sharon semakin menyusut dan dikatakan berat sekarang cuma kira kira 15 Kilogram


P/S:Subhanallah !sesungguhnya janji Allah itu pasti.Janganla kita berlaku zalim sesama manusia...


SUMBER

Sunday 19 May 2013

KISAH MENYAYAT HATI SEORANG IBU DAN ANAKNYA....

Kisah ini ditulis sendiri oleh saudara Mazidul Akmal Sidek , yang bersama-sama dengan kumpulan ini yang mahu bertolak pulang dari Vietnam. Beliau merakamkan segala peristiwa yang berlaku untuk tatapan dan iktibar kita semua......



IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN ( EKSKLUSIF ) UPDATED


Kira-kira  jam 8.45 malam tadi,  mengikut  waktu tempatan di  Vietnam, saya terlihat penumpang pesawat  AK 1455,    warga  Malaysia dihampiri oleh  kakitangan  lelaki  Air Asia. Penerbangan  pulang ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu  Malaysia.  

Setelah  beberapa minit  berlalu, perlahan saya  kemudian mendekati kumpulan penumpang itu  dan  mengajukan soalan.

"Ada masalah apa puan?"



"Kakitangan Air Asia ini berkata,  anak saya  dilarang  menaiki pesawat  kerana dia  demam campak.   Kami  sekeluarga, dua belas orang,  datang  ke Ho Chi Minh  pada hari Rabu lalu.  Kami memang  ada  membawa bekalan ubat demam,  jadi bagi kepada dia kalau dia  demam.  Dia  sudah  tidak demam lagi,"  ujar  ibu bayi,   Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.

"The  mother and the baby had to stay here  for  five days. They cannot  board the aircraft," arah  kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.

Mereka  bimbang sekiranya deman terbabit  menjangkiti penumpang lain.


Menurut ahli  keluarga  Izan, semua  beg pakaian  mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat.  Setelah  bercuti  selama empat hari,  kandungan beg  bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam  sukar dipisahkan.  

Bayi,  Maryam  Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.

Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan  syarikat  penerbangan  tambang murah itu.

"So, all twelve had to stay  then ,"  balasnya.

"I understand the situation, law is a law but  don't  forget, these are human beings not dogs or cats. If she  were going to stay here for another five days, she and the baby need  cloth to wear.  Please refer this matter  to your superior again before making  further decision," balas saya.

Tidak lama kemudian,  muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya  sebagai  pegawai perubatan ( medical doctor )  datang menghampiri dan menyentuh  tubuh Maryam. 


"Dia  kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,"  ujar doktor terbabit.

Beberapa minit  kemudian  tampil  pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan jangka suhu di bawah  ketiak bayi itu sebanyak dua kali.


"Apabila  kita  bertanya,  berapakah suhu  badan Maryam,  dia membisu," ujar kakak Izan,  Norhamiza.


Saya  perhatikan,  airmata  jernih  mula bergenang  di bawah  dua kelopak mata Izan sambil dia terus  mendakap  erat  anaknya mengalami sindrom down.

Barangkali   dia  bak  tidak mampu  mempercayai  cabaran didepaninya tatkala itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang  tidak bersamanya untuk mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.

Keputusan muktamat  telah  dibuat  oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak  biarpun tidak  dipersetujui ramai penumpang lain.

"The captain  doesn't  allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.

Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya  Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya, ramai tidak  membawa  baki wang  tunai tatkala  pulang ke Malaysia.

Di saat perpisahan hampir menjenguk,  Izan dipeluk erat  oleh ahli keluarganya. Mereka juga  tidak berupaya  menahan  deraian  airmata tumpah di pipi. 

"Ibu ini diarahkan untuk  tinggal  bersama anaknya selama lima hari lagi di sini. Barangkali dia tidak  mempunyaii wang tunai mencukupi.   Kalau  hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,"  kata saya spontan kepada semua penumpang sedang  beratur untuk menaiki pesawat.

Tidak semena-mena,  warga Malaysia pelbagai bangsa,  Melayu, Cina dan India, tergesa-gesa mengeluarkan  matawang  pelbagai jenis dari poket serta  beg duit mereka dan pantas menghulurkan  kepada Izan.


Hebat sungguh warga Malaysia. Memori  sebegitu  bakal terus  terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung  badan.

Saya berasa amat kagum.

Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga,  fakta  itu diketepikan.  Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan  sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.  

Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya  keluar daripada kawasan itu.


Sebelum beredar, Izan  sempat dipeluk oleh  beberapa wanita Melayu tidak pernah dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan  wang tunai.


Saya  berasa amat  terharu menyaksikan  detik memilukan itu tetapi gagal untuk  tidak mengizinkan kejadian itu berlaku. 

Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan  kelihatan  berdiri di kaunter Air Asia.  Gambar mereka saya rakamkan.  Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat  mewakili  syarikat  penerbangan terbabit.

Andai  kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Air Asia,  Tan Sri  Tony  Fernandes  tiba-tiba berkebetulan   muncul  di lokasi itu,  pasti saya  tidak segan  untuk merayu ...



"Tan Sri,  tolong  hulurkanlah  sedikit  bantuan.  Mungkin kakitangan  Air Asia boleh  mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam.  Pengguna  perkhidmatan  syarikat Tan Sri itu  juga BUKAN  orang kaya  dan ternama  seperti Tan Sri.  Apapun,  hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang  untuk pulang. Jika  penumpang tidak mengenali mereka,  sudi membantu,  inikan pula Tan Sri,  individu  tersohor di mata rakyat  Malaysia"

Malangnya  saya tidak berpeluang  bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada  Tony  tatkala beliau  diperlukan. 

Saya  bukan Richard Branson and I don't wear skirt.


Lupakan Tony  tetapi saya  berharap  selepas  membaca entri ini,  beliau dan kakitangan Air Asia  akan  mengambil tindakan segera menangani  kesengaraaan  bakal ditempuh  penumpang  malang  pesawat Air Asia terbabit.  

Tony,  just like what   I have told your staff  in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.

Sekitar  jam 9.30 malam,  kami  semua hanya mampu menjadi penonton  ketika ibu dan anak itu  diarahkan  keluar dari pintu 18,  lapangan terbang. 


Pesawat  AK 1455  terbang  pada kira-kira jam 10 malam   waktu Vietnam,  terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,  tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.


Sebaik menaiki  pesawat,  saya menceritakan  butiran  kejadian kepada ketua pramugari, Kasturi, sedang berdiri  berhampiran  pintu  utama pesawat.  Melihat reaksi  wajahnya gadis berpakaian  serba merah itu,  saya dapat  menjangkakan  kes itu  terlalu  asing  bagi dirinya. 

"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground  staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,"  pinta saya.
Setelah menjamah  nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi. 

"Saya dimaklumkan,  ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis  tinggi lampai itu.

"Adakah  kapten mengetahui kejadian itu?  Kerana  ground staff   tadi  memaklumkan saya dan  keluarga  Izan,  kapten  tidak membenarkan Mariam  menaiki pesawat," soal saya.


"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,"  akui Kasturi.

Kapten  bertugas,  Ariffin Bakar.

Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat  ternyata  membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera  di hospital di Ho Chi Minh  terlebih dahulu.

Sewaktu  tiba di LCCT,   saya mendapatkan  berita terkini melalui Norhamiza dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.

"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.



"Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon,  Izan berkata,  kakitangan  Air Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen  teksi dan berkata, I am sorry.  Izan kemudian  terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May  Flower  Hotel,  tempat kami menginap  sebelum ini. Bayarannya,  USD60 semalam. Hujung minggu, banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip   pertama Izan ke Vietnam," tambah  Norhamiza.

"Jadi  tidak benarlah kenyataan  mereka  kononnya Maryam telah dihantar ke hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,"  tanya saya kepada ahli perniagaan itu.

"Tidak," balasnya ringkas.


"Apakah  pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.

"Periksa secara teliti  terlebih dahulu sebelum  membuat keputusan.  Jika Maryam  membawa penyakit,  sudah pasti kami antara individu paling awal  dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.  Saya sendiri  tidur sebilik  dengan Maryam,"  luah Norhamiza, kecewa.

Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi  untuk Maryam melakukan pemeriksaan  darah di hospital di Vietnam?  Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?



Perkembangan  kes ini bakal saya kongsikan bersama semua, kelak.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN  ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL

Monday 13 May 2013

TIADA LAGI PERANTARA DALAM DOA....


Peluk Islam, Cecillia: Saya Langsung Berkomunikasi dengan Allah



Cecillia Mahmuda Canolly
besar dan tumbuh dalam persekitaran  Katolik Rom. Keraguan Cecillia mulai nampak ketika banyak pertanyaan kritisnya  ditanggapi dingin oleh gereja.

"Aku telah kehilangan
iman Kristian kerana beberapa alasan. Salah satunya, gereja selalu mengatakan jangan pertanyakan apapun, yang penting adalah memiliki keimanan," kata dia seperti dikutip Arabnews, Sabtu (11/5).

Sejak itu, Cecillia tak lagi mengikuti gereja. Ia hanya mempercayai satu Tuhan. Itu yang selalu terpateri dalam hati dan fikirannya. "Aku fikir, lebih mudah menempatkan satu Tuhan berbanding  tiga. Terlalu banyak misteri, dogma dan ritual," ujar dia.

Dalam pemikiran Cecillia, segala hal yang ada di bumi kaya akan keajaiban. Seperti pohon, bunga, burung dan haiwan-haiwan. Bahkan bayi yang baru lahir pun begitu indah.

"Bagaimana mungkin bayi yang baru lahir itu sudah dibekali dosa turunan. Saya tidak percaya lagi soal ini, kerana semuanya indah," kata Cecillia.

Suatu hari, puteri Cecillia membawa buku tentang Islam.Memang  sejak awal , ia tak terlalu menanggapi serius masalah itu. Namun, Cecillia merasa ada yang mulai menuntunnya kepada Islam. Pada akhirnya, ia memberanikan diri bertemu Muslim.

Ketika bertemu, Cecillia memaparkan pertanyaan tentang apapun yang terkait dengan Islam dan Muslim. Cecillia memiliki ekspektasi bahwa jawaban yang dia perlukan sangat panjang. Nyatanya, setiap pertanyaaan yang terlontar dijawab ringkas.

Setelah banyak membaca ajaran Islam, Cecillia pun memutuskan untuk menjadi Muslim. "Anda tahu, apa yang membuatku terkesan. Saya tidak lagi berdoa melalui perantara, saya langsung berkomunikasi dengan Allah. Kerana Dialah yang tahu apa yang kita perlukan," jelasnya.

"Iman dan Islam, harta dunia akhirat"

sumber : Republika

Friday 10 May 2013

KISAH AYAHKU, AHLI TABLIGH......



Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.


Ayah sakit
Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.





Ayah meninggal

Pada jam 2100, 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.


Urusan jenazah
Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Amalan di dunia
Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Sharing is Caring

sumber : Zainal Abidin Sakom

Wednesday 8 May 2013

KISAH SAYA DAN CINA...




Ini cerita saya
tentang kaum Cina di Malaysia. Ini kisah benar yang saya alami. Mereka bukan racist.

Kisah ini terjadi di Batu 18 di Bukit Grik pada 13.03.2013. Ini kisah saya sendiri. Jika ramai yang kata Cina racist , saya kata TAK.

Ketika hujan renyai-renyak kereta saya berpusing-pusing akibat jalan licin dan terbabas ke bahu jalan. Saya keseorangan ketika itu. Saya dari Kelantan menuju ke Perak. Dah banyak kereta saya tahan akhirnya ada yang Melayu yang berhenti tapi hanya ingin melihat dan pergi begitu saja.

Selepas itu ada
Cina naik kereta Honda Civic kalau tak silap saya berhenti dan menolong saya. Dia Cina dari Penang. Dia yang menelefon kepada polis dan towing dan memberi makanan dan minuman kepada saya. Melayu yang lain hanya melihat saja. Saya bukan ingin merendahkan kaum Melayu tapi ingin saya tegaskan betapa mulianya seorang Cina yg berlainan bangsa dan agama menolong saya dengan ikhlas.

Saya menghulurkan sedikit wang kepadanya tanda terima kasih kerana menolong saya sewaktu kemalangan tetapi dia menolaknya kerana dia kata dia ikhlas tolong saya. Tetapi setelah towing sampai dia menghulurkan duit sebanyak RM50 kpd saya untuk meringankan beban tapi saya menolak.

Saya nak tegaskan disini , jangan kata Cina itu racist kerana ada dikalangan mereka lagi bagus dari bangsa kita sendiri yang ego ! Jangan cuba menaikkan api perkauman kepada kaum Cina. Mereka juga warganegara juga.

Terima Kasih uncle ! We are Malaysian !

By: Nuraidi Syazwan

Saturday 27 April 2013

ANGIN PERUBAHAN!....

Rabble rousing … Anwar Ibrahim on the hustings in Kuala Lumpur.


Waktu hampir  tengah malam  , di Pulau Pinang. Di sebuah taman yang dikelilingi oleh konkrit  blok pangsapuri konkrit yang mereput, orang ramai sesak menunggu dengan sabar di tengah-tengah panas yang melekit dan aroma pedas dari  gerai-gerai makanan, asap lalu lintas dan  longkang yang terbuka. Ini adalah kawasan kejiranan Melayu yang miskin, tetapi ada orang Cina dan India di sini, juga, rupa wajah  wakil pelbagai kaum di  Malaysia.
Tiba-tiba seorang tokoh langsing ber seluar hitam dan baju putih muncul dari kegelapan melalui pintu sisi dan orang ramai menjerit  kegembiraan, bertepuk tangan, bersorak dan membunyikan trompet. Satu   skuad keselamatan lelaki bersenjata memimpinnya melalui musnah dan sehingga ke arah silau neon di pentas sementara. "Terdapat serangan provokater di himpunan  yang lain. Kita perlu berhati-hati," kata seorang pembantu kanan.
Anwar Ibrahim duduk sebentar di atas rumput kasar di kalangan belia yang  berpeluh di baris hadapan. Beliau kemudiannya naik pentas, mengambil mikrofon dan melangkah kembali ke berdiri menghadap orang ramai. "Saya akan duduk  di sini. Ini adalah lebih baik," kata beliau. Penonton mengakui pada keintiman isyarat beliau. "Masanya telah tiba untuk perubahan," katanya mengisytiharkan. "Kita boleh mewujudkan persekitaran yang baru. Kami boleh mengubah landskap politik negara ini. Kami boleh menamatkan rasuah, kronisme, perbelanjaan yang membazir. Cukup! Cukup! Cukup!"

Friends in high places … Anwar (at left) with his then mentor Mahathir Mohamad (at right) in 1997.Rakan-rakans emasa berjawatan  tinggi ... Anwar (di sebelah kiri) dengan beliau kemudian mentor Mahathir Mohamad (di sebelah kanan) pada tahun 1997. Photo: AFPSehari selepas ini, beribu-ribu orang berpusu-pusu dari seluruh Semenanjung Malaysia  berhimpun di sebuah stadium di Kuala Lumpur untuk mendengar ucapan rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketua Barisan Nasional kerajaan campuran. Mereka semua akan mempunyai beg hadiah  yang tertulis  "We Love BN" , dan mereka semua akan memuji pada masanya untuk TV negara. Tetapi malam ini Anwar Ibrahim, pemimpin Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang tiga pihak di Malaysia,akan membuat persemhana one-man-show  dan tiada siapa yang telah dibayar untuk  datang.
Beliau tidak mempunyai ucapan yang disediakan . Beliau bercakap dengan semangat daripada skrip hidup payahnya selama bertahun-tahun lamanya di penjara dan buangan politik. Tetapi tidak ada kepahitan kepadanya. Anwar berjenaka  dan  orang ramai bertepuk sorak.
Dia menyebut kata-kata  Lincoln iaitu 'mustahil  menipu semua orang pada setiap masa'. Beliau menyanyi diiringi versi lagu popular Melayu mengenai pokok bergoyang dalam angin. Tetapi kali ini ia adalah Najib yang bergoyang  - untuk angin perubahan yang ditiup oleh Anwar Ibrahim. Orang ramai berkumpul bergema dengan gelak ketawa.

Black and blue … the black eye inflicted on Anwar in custody by police chief Rahim Noor in 1998.Hitam dan biru ... mata hitam yang dikenakan ke atas Anwar dalam tahanan oleh ketua polis Rahim Noor pada tahun 1998.Perjalanan ke saat ini bermula 15 tahun lalu apabila Anwar, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bakal  pengganti kepada Mahathir Mohamad, dan salah satu bintang yang semakin meningkat politik Asia, telah tiba-tiba dipecat oleh mentor dan dituduh rasuah dan kesalahan seks. Kemudian di  penjara, dua tuduhan , larangan lagi dari pejabat politik dan fitnah berkesudahan oleh bekas rakan-rakan dan rakan sekerja. Perjalanan yang akan mencapai kesimpulannya  pada hari Ahad, 5 Mei, apabila rakyat Malaysia mengundi dalam pilihan raya yang paling sengit sejak negara mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 1957.
Pada bulan Januari tahun lepas, Anwar kembali ke dewan sederhana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan kedua atas tuduhan salah laku seksual. Beliau tiba untuk mencari pendaftar mahkamah dan timbalan beliau dan mereka menangis. "Kami akan berdoa untuk anda, tuan," mereka berbisik kepadanya.Wanita, seperti ramai penyokong Anwar, yakin tuduhan itu bermotifkan politik dan keyakinannya tidak dapat digugat. Tuduhan bahawa Anwar telah mengadakan hubungan seks dengan bekas pembantu lelakinya dibuat  hanya beberapa bulan selepas pembangkang mendapat keuntungan yang besar dalam pilihan raya 2008 kebangsaan dan Anwar bersedia untuk kembali ke Parlimen dalam pilihan raya kecil.

Flying the flag … Malaysian PM Najib Razak in 2012.Mengibar  bendera Malaysia ... PM Najib Razak pada tahun 2012. Photo: AFPTetapi keputusan itu, selepas percubaan dua tahun yang meletihkan, adalah mengejutkan semua orang. Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah melangkah ke mahkamah dan bercakap hanya 90 saat. Beliau mengisytiharkan bukti DNA dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk Anwar tidak boleh dipercayai dan dibebaskan. "Alhamdulillah ia tidak berjaya," kata Anwar. "Itu akan menjadi penamat bagi saya. Semua orang yakin saya akan disabitkan kesalahan dan saya masih tidak tahu mengapa saya tidak. Mungkin ia adalah dari  hati nurani hakim pada akhirnya."Tiada jiwa kehakiman seperti sedekad yang lalu, apabila Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan atas tuduhan bahawa beliau dan penyokongnya menegaskan  aianya telah direka.
Hubungan antara perdana menteri paling lama berkhidmat di Malaysia dan timbalannya merudum  dalam selepas krisis kewangan Asia 1997. Sebagai Menteri Kewangan, Anwar telah melakukan langkah-langkah berjimat cermat yang dicadangkan oleh Tabung Kewangan Inter-nasional untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia yang didera. Tetapi Mahathir mendakwa punca masalah itu adalah satu konspirasi oleh pembiaya global dan ditambah dengan usaha  menyelamatkan  syarikat-syarikat yang gagal Malaysia, termasuk syarikat perkapalan anaknya. Anwar juga kecewa dengan menggerakkan Mahathir untuk menangani rasuah yang berleluasa dalam kerajaan dan memohon  perubahan politik dan sosial, kerana banyak rakyat Malaysia bersorak kerana  pergolakan yang menumbangkan rejim Suharto di Indonesia pada Mei 1998.

Pucker up … young boys kiss the hand of Anwar in his Penang electorate.Bersahaja , sehingga kanak-kanak lelaki ... muda mencium tangan Anwar dalam pengundi Pulau Pinang itu. Photo: Vincent ThianMahathir tiba-tiba memecat Anwar pada September. Tiga hari kemudian, pihak polis telah menggunakan gas pemedih mata dan air meriam untuk menyuraikan perhimpunan bantahan terbesar dalam sejarah Malaysia apabila  lebih daripada 50,000 orang memenuhi  jalan-jalan di Kuala Lumpur yang menyokong Anwar. Gerakan reformasi Malaysia pun bermula....
Pada malam itu, Anwar telah ditangkap dan ditahan. Seminggu kemudian dia muncul di mahkamah dengan mata hitam, hasil daripada dipukul dalam penjara oleh Ketua polis Rahim Noor (Rahim kemudiannya dipenjara dua bulan kerana serangan). Dia akhirnya dihukum penjara enam tahun kerana menyalahgunakan kedudukan menteri dengan mengarahkan pegawai polis cawangan khas untuk memberi tekanan kepada saksi untuk menarik balik dakwaan bahawa beliau  mengadakan hubungan seks dengan pemandu keluarganya dan hubungan sulit dengan isteri setiausaha peribadinya (kedua-dua homoseksual dan zina adalah  kesalahan jenayah di Malaysia). Satu percubaan berikutnya nampak dia juga disabitkan dengan kesalahan seksual .
Aturan kemudiannya ditegakkan atas rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. Ini berlaku walaupun terdapat bukti bahawa pemandu Anwar tiga kali menafikan mempunyai hubungan seks dengan majikannya dan bukti nyata bahawa polis telah mengancam saksi dan bukti dimanipulasi. Hakim-hakim rayuan juga mengabaikan pengakuan oleh ketua  polis cawangan khas ,Mohamad Said bin Awang bahawa pada tahun 1997 - tahun sebelum pemecatan Anwar - beliau telah menghantar laporan kepada Mahathir menolak dakwaan salah laku seks sebagai kempen memburuk-burukkan beliau.
Anwar berkata ," di dalam penjara dan tahun-tahun berikutnya di mana beliau telah dihalang daripada jawatan politik telah memperkukuh keazaman untuk melihat perubahan asas di Malaysia." Dia mahu membebaskan media arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan Malaysia. Dia mahu untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan birokrasi dan agar perkhidmatan keselamatan lebih  bertanggungjawab. Dan dia mahu menamatkan budaya rasuah berleluasa dan kronisme.
"15 tahun yang lalu sudah pasti berubah ," kata beliau. "Anda bercakap tentang kebebasan atau pembaharuan. Ia tidak sama apabila anda benar-benar telah dinafikan kebebasan sendiri. Semangat saya untuk keadilan adalah jauh lebih ketara sekarang. Di dalam penjara saya nampak begitu banyak lelaki yang telah dipukul, mata hitam , tetapi mereka tidak pernah dilaporkan dalam media. Saya bernasib baik bahawa seluruh dunia melihat apa yang berlaku kepada saya. Saya tahu, apabila saya melihat ia berlaku kepada orang lain begitu banyak, bahawa saya tidak boleh membenarkan ini diteruskan. "

Anwar, kini berusia 65 tahun, tidak kecewa bahawa dia menunggu begitu lama bagi peluang untuk menuntut kedudukan kepimpinan yang beliau telah bersedia untuk warisi apabila Mahathir bersara pada tahun 2003. Tidak seperti kebanyakan penyokong beliau, beliau berkata beliau telah maafkan Mahathir kerana  mendalangi kejatuhan politiknya. Walaupun serangan berterusan ke atas beliau  dari negarawan yang lebih tua dan penggantinya dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti yang dominan dalam parti pemerintah.
"Mahathir, dalam masa yang tenang, pernah  menyatakan sekali [kepada pemimpin-pemimpin UMNO], selepas percubaan kedua, 'Kenapa anda menggunakan skrip yang sama seperti saya? Cara ia telah dilakukan, tuduhan liwat, anda tidak perlu menggunakan skrip yang sama dua kali. ' Tetapi saya tidak mahu perkara ini dilihat sebagai satu bentuk pertemputan  Anwar-Mahathir . Ia bukan peribadi. Bagi saya, beliau adalah usang, kecuali untuk mempertahankan kepentingan perniagaan anak-anaknya. Apa lagi yang tidak beliau lakukan? Adakah dia bercakap tentang reformasi ?Beliau hanya mempertahankan dasar sendiri, dia mahu mengekalkan legasi beliau, tetapi lebih dari itu, ia adalah hanya kira-kira keluarganya "..
Dia berkata,  Mahathir, 87 tahun dapat mengekalkan pengaruh dalam UMNO kerana kepimpinannya yang lemah. "Mereka takut semasa dia ber kuasa tetapi kini  tidak lagi begitu."Sokongan kepada Anwar Ibrahim mungkin telah meningkat  dalam usaha untuk menamatkan pemerintahan 56 tahun UMNO, tetapi segala-galanya seolah-olah disusun banyak terhadapnya: elit pemerintah yang akan menghabiskan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa dan faedah itu; sebuah kerajaan yang pantas dalam mempertahankan  dan  menyokong kedudukannya; sistem pilihan raya yang  rosak oleh ibu kepada semua pencetusnya.
Semua media arus perdana Malaysia adalah sama ada dimiliki atau dikawal oleh kerajaan. Badan kehakiman  tunduk kepada eksekutif. Birokrasi - dan khususnya pihak polis dan agensi-agensi keselamatan dalaman - amat dipolitikkan. Tokoh-tokoh utama dalam kerajaan dan penyokong perniagaan mereka telah membina kekayaan melalui naungan dan tawaran rasuah. Malaysia telah menduduki negara ketiga yang paling teruk di dunia bagi aliran keluar modal haram, dengan sekitar $ 25 bilion setahun wang  haram disalurkan ke luar negara.
Kerajaan tdak  tahu malu dalam mencari dan  membeli pihak tertentu untuk  pilihan raya. Lebih daripada 20 peratus daripada bajet negara dibelanjakan untuk subsidi kepada pengguna, termasuk kira-kira $ 8000000000 setahun kepada mengekalkan harga petrol turun. Dua kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerajaan telah memberi RM500 ringgit ($ 155) pemberian wang tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan ia telah berjanji wang akan terus ditambah  selepas pilihan raya. Hari sebelum beliau membubarkan Parlimen, Najib mengumumkan bonus 1000 ringgit ($ 310) untuk setiap pekerja syarikat minyak negara, Petronas - dan memberitahu mereka bahawa mereka perlu membayar balik akan kemurahan hati dengan mengundi kerajaan.Malaysia mempunyai contoh  pilihan raya yang telah membuat merah  pipi  Joh Bjelke-Petersen, yang lama  memerintah Queensland apbila parti itu tidak lagi menarik majoriti undi. Pada tahun 2008, pilihan raya negara, Pakatan Rakyat iaitu  pakatan Anwar memenangi lebih daripada 50 peratus undi popular tetapi hanya mendapat  82 kerusi  Parlimen daripada 222 kerusi. Kerajaan mengadakan kerusi parlmen  Putrajaya dengan hanya 6008 undi manakala pembangkang memerlukan  112,000 undi untuk mengambil tempat  bandar Kapar, di negeri Selangor.
Analisis oleh Bersih,pemantau  rasuah dan  pilihan raya Malaysia, telah mendapati bahawa 'gerry-Mander' bermakna  BN, untuk mencapai majoriti mudah di parlimen hanya perlu serendah 18.9 peratus undi popular.
Kerusi Bersih dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan berkata daftar pemilih yang telah rosak, dengan beratus-ratus ribu pendatang dari Indonesia dan Filipina yang diberikan kad pengenalan untuk meningkatkan sokongan untuk UMNO. "Kami mempunyai kebimbangan sebenar dan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk berbuat apa-apa yang amat membimbangkan," kata beliau.
Walaupun ada  halangan,  pilihan raya 2008 adalah satu titik yang menyaksikan gabungan pimpinan UMNO kehilangan majoriti dua pertiga buat kali pertama sejak kemerdekaan. Parti-parti pembangkang, yang selama terpinggir  dalam politik Malaysia, membuktikan diri mereka sebagai alternatif yang berdaya maju, juga menawan lima kerajaan negeri. Hasilnya ,Anwar yakin  dia boleh menang kali ini. Undian  swasta dikatakan menunjukkan potensi swing  7 peratus kepada pembangkang, dan penganalisis politik percaya bahawa jika pembangkang mendapat lebih daripada 100 kerusi ,mereka akan bergabung  dengan pihak-pihak yang kecil untuk mendapatkan majoriti parlimen.
"Apa yang kami perlukan adalah beberapa mata peratusan lagi,'' kata Anwar.'' Adakah terdapat amalan persempadanan  semula kawasan pilihanraya pada tahun 2008? Ya. Adakah terdapat proses penipuan itu? Ya. Adakah sumber-sumber keseluruhan kerajaan digunakan? Ya. Mereka akan menggunakan lebih banyak wang masa ini? Ya, kerana kita telah mengkritik lebih  dan mendedahkan kronisme dan jutawan. Mereka sedang dinamakan. Tetapi saya masih percaya kita boleh melakukannya. "Beliau menjangkakan kempen yang sukar dan kotor tetapi digalakkan oleh komen Najib kepada wartawan selepas membubarkan parlimen bahawa kerajaan akan memastikan peralihan yang lancar jika ia hilang. "Buat pertama kali kita mempunyai Perdana Menteri berkata bahawa beliau akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya pembangkang menang pilihan raya. Ini bermakna banyak kerana apa yang dia kata mempengaruhi pihak  keselamatan, polis dan tentera. Ia perlu mempengaruhi cara mereka bertindak. "
Anwar percaya mesej yang akan diperkukuhkan lagi dengan hakikat bahawa pembangkang telah memenangi sokongan beberapa pegawai tertinggi tentera berpangkat, termasuk bekas ketua tentera Hashim Hussein, yang akan menjadi salah satu calon-calon di Johor. Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk menghabiskan  tempoh lima tahun , membuktikan ia bimbang. "Mereka tidak yakin," kata Anwar. "Walaupun secara teknikalnya ia adalah undang-undang, dari segi moral ia tidak boleh diterima. Mereka sangat bimbang."
Prospek pembangkang juga telah didorong oleh peningkatan dalam bilangan rakyat Malaysia yang lebih muda yang akan mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya ini. Lebih daripada tiga juta daripada mereka telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih, 25 peratus peningkatan penduduk mengundi sejak 2008. Ledakan dalam media sosial dan laman web berita bebas bermakna anak  muda rakyat Malaysia  lebih bermaklumat daripada generasi ibu bapa mereka. "Pembangkang mempunyai kelebihan dalam peperangan sosial-media dan ia mungkin menjadi satu faktor yang besar dalam pilihan raya ini," kata Steven Gan, editor-in-chief daripada Malaysiakini, laman web berita yang paling popular di negara ini dan pengkritik keras kepada  kerajaan.



Semasa solat Jumaat di Kampung Sama Gagah, di tengah-tengah pengundi Pulau Pinang, Anwar Ibrahim berada di sebuah masjid yang  kecil, sesak. Dia memakai jubah aliran  Melayu dan songkok hitam . Orang-ramai  memeluk beliau dan kanak-kanak lelaki mencium tangan sebelum menyentuh dengan dahi mereka.Ucapannya adalah campuran kata2 politik dan taqwa. "Sebagai umat Islam yang baik kita tidak boleh rasuah. Kita mesti membersihkan hati dan jiwa kita untuk berbuat baik kepada orang ramai. Walaupun kita berada dalam kempen pilihan raya, kita mesti menghormati orang lain. Kita perlu mengikuti jalan Allah."
Beliau bercakap pada masa di dalam penjara. "Itu adalah ujian Tuhan saya. Dan saya bersyukur kepada Tuhan kerana masa itu digunakan untuk mendapatkan kuasa dan pengetahuan. Ia memberi saya masa untuk mengkaji Al-Quran. Walaupun orang memfitnah saya dan secara palsu menuduh saya, saya tidak bertindak balas. Saya mempunyai kepercayaan kepada Tuhan dan saya datang melaluinya. "
Pengkritik kerajaan yang takut Anwar akan membawa Malaysia ke jalan Islam yang lebih radikal. Pakatan beliau termasuk fundamentalis Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan platform pembangkang itu akan membolehkan peranan yang lebih besar untuk undang-undang syariah di dalam masyarakat Melayu Islam.Anwar memulakan kerjaya politiknya sebagai aktivis pelajar , bersama-mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia pada tahun 1971 dan berkhidmat sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.Kali  pertama beliau di penjara pada tahun 1974, apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 20 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri - yang membenarkan penahanan tanpa bicara - kerana protes pelajar  terhadap kemiskinan luar bandar. Anwar kekal  menghormati banyak konservatif Melayu Islam dan pemimpin mereka. "Saya sangat Melayu,  berpandangan Islam," kata beliau. Tetapi dia adalah seorang  sekular politik dan internationalist pragmatik sebagaimana  dia adalah seorang lelaki yang beriman.
Beliau telah menghadiri , anglophile Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak yang berprestij- yang dikenali sebagai "Eton of the East" - dan masih gemar Shakespeare dan sastera Inggeris. Pemimpin Barat yang menjadi rakan-rakan semasa beliau  Menteri Kewangan mengkagumi beliau sebagai seorang intelektual, seseorang yang sanggup dan mampu untuk merapatkan  jurang antara Timur dan Barat. Anwar juga telah memperjuangkan peranan wanita dalam politik Malaysia dan pembangkang meletakkan satu pasukan yang lebih kuat daripada calon wanita dalam pilihan raya ini berbanding kerajaan. Isterinya, Dr Wan Azizah, meneruskan  partinya dan mempunyai  kerusi di Parlimen semasa pembuangan politik beliau, dan anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar, MP  muda yang menarik ,disebut-sebut sebagai pemimpin masa depan.Jika dia menang Ahad depan, Anwar yakin  demokrasi yang berkesan dan  kerajaan yang bersih boleh dipulihkan di Malaysia tanpa pergolakan utama. Beliau berkata tidak ada perbandingan dengan cabaran yang dihadapi di negara-negara seperti Tunisia, yang beliau lawati tidak lama selepas kemerdekaan dalam Spring Arab.
"Kami masih mempunyai satu perkhidmatan awam  yang berfungsi, walaupun ia semakin merosot berbanding dengan tahap profesionalisme pada masa lalu. Kami mempunyai tentera yang tidak terlalu politik dan kita mempunyai polis, sesetengah daripada mereka boleh kekal agak profesional. Ekonomi mempunyai pertumbuhan kira-kira 5 peratus, yang boleh menjadi lebih baik tetapi okay. "
Anwar berjanji untuk menghapuskan semua kawalan ke atas media dan untuk menamatkan penggunaan mahkamah keatas  pengkritik politik dan pesaing. Lebih keras akan menjadi tugas menangani rasuah dan berurusan dengan orang-orang "yang telah mencuri berbilion-bilion". Beliau mengatakan bahawa walaupun jenayah yang serius perlu ditangani, dia  mahu keadilan menghukum dan bersedia untuk memaafkan dosa yang lebih rendah.
Selain gemerlapan  menara berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan pemodenan  di pusat pentadbiran persekutuan negara, Putrajaya, Malaysia masih kekal sebagai negara yang mempunyai perbezaan yang besar antara kaya dan miskin. Ramai orang Melayu di kawasan luar bandar dan ahli-ahli masyarakat minoriti India hidup di bawah garis kemiskinan tempatan 700 ringgit ($ 220) sebulan. Anwar benci  pada ketidakadilan. "Masih ada kemiskinan," katanya. "Kematian bayi di kalangan penduduk Penan di Sarawak ialah antara yang tertinggi di Asia dan ini di negeri terkaya kami, di mana pemimpin-pemimpin merompak berbilion setiap tahun."
Seperti  kita yang menuju ke arah perhimpunan malam, angin Anwar bertiup ke bawah tingkap untuk menyambut dan menyentuh tangan  para penyokong yang  bersorak lapisan jalan. "Saya diberkati ,bahawa orang terus memberikan sokongan dan harapan . Sayang mereka membuat saya terus maju. Kawasan luar bandar tidak pernah menjadi kubu kuat kita, tetapi kini kita melihat tanda-tanda sokongan yang semakin meningkat. Ada yang dipengaruhi oleh propaganda yang berterusan dalam media dan oleh semua pemberian wang tunai, tetapi ramai yang bosan dengan itu semua. "
Anwar tahu halangan kepada kemenangan, tetapi percaya mereka boleh dan akan diatasi. "Maksud saya, berapa banyak mereka boleh menipu? Saya benar-benar percaya saya boleh melakukannya. Saya mempunyai kebijaksanaan, yang lampau penjara, pengalaman kerajaan yang membantu memastikan saya boleh membawa negara ini dan, saya mahu membuktikannya . "
Dengan itu, beliau melangkah keluar  dari kereta dan digunakan pula oleh satu lagi  penyokong  yang gembira, yang baginya , kemenangan Anwar amat  besar maknanya  kerana ia adalah  untuk lelaki yang telah melaluinya begitu jauh  dan begitu sukar untuk mencapainya.

"Selamat dan sukses untuk saudara Anwar"
sumber: tulisan Mark Baker, the Age
Read more: http://www.smh.com.au/lifestyle/winds-of-change-