"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
Wednesday, 17 October 2012
SEDEKAH DENGAN WANG TERAKHIR...
Cerita ini dialami oleh guru agama saya. Saya ingat betul dia menceritakan kisah ini saat dia mengajar mata pelajaran agama Islam di kelas saya (SMA) sekitar tahun 1992. Cerita ini tidak pernah saya lupakan kerana inilah cerita pertama yang saya dengar tentang balasan sebenar sebuah sedekah.
Guru agama saya sewaktu masih kuliah, hidupnya sangat cukup-cukup sahaja . Untuk makan harus dicukup-cukupkan agar dia dapat membayar yuran kuliah dan tempat tinggal. Maklum, orang tuanya di kampung adalah keluarga yang sederhana.
Kerana tekad yang kuatlah guru agama saya berani meneruskan kuliah agar dia dapat menjadi seorang sarjana agama Islam waktu itu. Modal utama dia hanyalah keyakinan bahwa Allah pasti akan menolong umatnya yang memang berniat ingin berjuang di jalan Islam. Memang benar, keyakinan itu terjawab. Banyak sekali rezeki dari mengajar ngaji di rumah2 yang dia dapatkan selama kuliah. Bayaran yang dia terima besar kerana rata-rata yang mengharap tenaganya adalah orang-orang kaya.
Suatu ketika, guru saya kehabisan wang. Di saku seluarnya hanya tersisa wang untuk sekali makan dan naik kendaraan ke salah satu rumah muridnya. Hari itu adalah jadual mengajar di salah satu anak seorang pegawai dan biasanya tarikh itu waktunya orang tuanya memberi envelop untuk kerja mengajar dia. Setibanya di rumah muridnya, dia hanya ditemui pembantu pegawai itu yang mengatakan semua keluarga itu ke luar kota kerana ada sesuatu yang sangat penting.
Dengan lemas, guru saya pulang dengan jalan kaki. Kerana jika dia naik kenderaan, bererti dia tidak makan nanti petangnya, kerana wang yang ada di saku cuma cukup untuk sekali makan. Saat berjalan pulang, dia bertemu dengan nenek tua yang kelaparan. Dia kasihan. Dengan mengucap bismillah dia memberikan wang terakhirnya untuk nenek tersebut. Dia berkeyakinan, Allah pasti akan menolong dia saat dia lapar nanti, kerana saat ini yang paling memerlukan adalah nenek tua tersebut.
Rupanya harapan guru saya langsung dikabulkan Allah. Baru beberapa langkah, dia menemukan wang di pinggir jalan yang cukup untuk dia makan selama satu bulan. Beberapa hari kemudian, pegawai tadi menitip khabar pada kawannya untuk segera ke rumah mengambil honor mengajar ngaji. Pegawai tadi memberikan 3 kali ganda honor ngaji guru saya kerana dia baru mendapatkan rezeki. Bukan hanya itu,pegawai itu juga memberi referensi untuk mengajar ngaji di tempat temannya yang lain.
Dengan berlinang air mata, guru saya berucap itulah balasan sedekah yang diberikan oleh Allah pada umatnya yang benar-benar ikhlas. Dia mengingatkan pada kami sekelas untuk senantiasa bersedekah, kerana bleh membersihkan harta dan selalu dekat denganNya. Hikmah dari kejadian ini adalah, dengan keiklasan dan keyakinan akan pertolonganNya, serta doa yang tiada henti, pasti rzeki akan mengalir seperti air dalam kehidupan kita.
sumber: Muhammad Ismail: zilzaal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment