"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Tuesday, 25 September 2012

Singgah Solat Dulu, Makanan Allah Hadiahkan...



By: Kanzun


Bismillah

Aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku duduk di US. Hidup di sini secara umumnya memang agak sukar mencari restoran halal. Lagi lah kalau duduk dekat kawasan kampung dan kecil komuniti Muslimnya. Bila aku berjalan jauh, biasanya aku akan semak dulu list restoran halal melalui zabihah.com.

 Walaupun ada sesetengah orang memilih untuk makan di fast food restaurant, aku secara peribadi masih lagi senang untuk membawa bekal sebelum berjalan, dan seboleh mungkin singgah di tempat yang kesemua makanan yang ada dalam restoran tu halal. Syukur Allah berikan aku perut yang senang dijaga, lambat lapar, dan tak cerewet. Maka atas dasar itu, aku tak melihat keperluan untuk singgah makan saja-saja di restoran selain daripada senarai yang tertera di zabihah.com.

Pada satu hari aku bergerak ke premium outlet yang letaknya satu jam dari tempat aku tinggal bersama-sama dengan 2 orang kawan berbeza bangsa dan negara. Selesai memborong apa yang patut, aku sudah berjanji untuk menghantar kawanku ke rumah pakciknya di satu bandar yang jauhnya satu jam dari outlet tersebut. Dalam perjalanan tu, aku beritahu pada dua kawan yang lain yang aku nak singgah restoran halal sebelum ke rumah saudaranya. Mereka setuju. Lalu aku pun memandu berpandukan GPS ke restoran tersebut. Tak jumpa, melilau aku cari, tapi tak juga jumpa, dua kali aku pusing. Susah payah nak mencari sebab tak nampak papan tanda yang jelas ditambah dengan trafik yang agak sibuk waktu itu. Aku dah naik malas, lalu aku tukar haluan untuk pergi tunaikan solat jamak qasar di surau berdekatan, juga berpandukan GPS.


 

Sesampainya aku di surau tersebut, berkunci. Aku jenguk-jenguk sampai ke tepi surau, tak ada orang. Tapi tak semena-mena ada seorang brother menegur aku, lalu aku menyatakan hasrat untuk solat, dan sempat aku tanyakan restoran halal yang aku cuba cari tu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku pun masuk ke surau yang telah dibuka kuncinya oleh brother tersebut. Oh, ada orang lain rupanya di ruang solat perempuan ni.. seronoknya lihat anak-anak kecil belajar Al-Quran.

Usai solat, aku cuba ke restoran halal tersebut dengan mengikut panduan nasihat brother tersebut. Alhamdulillah, jumpa! Sedikit tersorok dan ke dalam. Restoran tersebut di dalam kedai groceries milik Muslim. Kedai barangan itu memang beroperasi, tapi restorannya tutup pada hari tersebut. Sedihlah juga, tapi memandangkan aku bawa bekal mihun goreng tomyam dalam kereta, tak ada lah aku terlalu kecewa. Sekurang-kurangnya aku boleh beli Prata Kawan dari kedai tu, dan juga beberapa item lain, nuget dan burger daging.

Aku sengaja maklumkan kepada peniaga tersebut aku datang dari jauh, hampir dua jam dari kedainya. Kemudian peniaga tersebut pergi ke bahagian dapur, dan keluar semula dengan kawannya. Aku yakin kawannya itu tukang masak bahagian restoran yang tutup pada hari aku datang tu. Tukang masak beritahu padaku yang mereka tak beroperasi pada hari itu. Aku pun tak boleh la nak cakap apa, mungkin bukan rezeki aku haritu. Agaknya tengok muka yang kesian ni, tukang masak tu cakap dia boleh siapkan nasi goreng kalau aku nak. Ha? Bukan ke tutup? Dia kata kalau nasi goreng dia boleh masak sekejap. Apa lagi, aku pun setuju je lah. Aku tempah dua bungkus. Siap masak, aku siap sedia untuk bayar. Tapi tukang masak tu geleng kepala, dia kata tak apa, tak perlu bayar, dan tepuk bahu aku suruh balik je.. Aku dengan muka terkedu-kedu disuruh balik begitu saja tanpa bayaran. Nasi goreng dia tu serupa macam nasi beriani ayam dekat Malaysia okayy.. Sedap! Penuh dua bungkus, dapat percuma lagi!

Aku pun ucapkan terima kasih banyak-banyak pada tukang masak tu, dan pada peniaga bahagian groceries. Apa yang aku boleh kongsikan, benarlah bila kita dahulukan Allah, maka tiada yang mustahil untuk Allah penuhi hajat dunia kita. Dalam cerita yang aku sampaikan ni, tiada yang pelik untuk Allah gerakkan tukang masak sebuah restoran yang tidak beroperasi, untuk bagi aku makan percuma tanpa bayaran satu sen pun. Alhamdulillah, rezeki semuanya milik Allah!

Bagi beberapa situasi lain, bilamana aku sedekah sejumlah wang untuk seseorang, Allah gantikan tunai dengan nilai yang sama, pada jarak waktu yang singkat (dan aku pasti sebenarnya nilai totalnya berganda dan disimpan untuk waktu yang lain untuk ditunaikan). Yakinlah pada Allah, ikhlaskan diri bersedekah dan beribadat, hal dunia kita pasti akan dipermudahkan. Allah mampu mengubah malam menjadi siang, siang bertukar malam, apa lah sangat kehendak kita sebagai hambaNya yang kerdil ini, pasti tiada yang mustahil untuk Allah jika Allah berkehendak.

sumber: myibrah

No comments:

Post a Comment