"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
Tuesday, 25 September 2012
Ayah Dan Se Cawan Kopi....
Bismillah....
Malam tadi, alhamdulillah, sempat mengikuti kuliah Ustaz Ali Tuah di sebuah surau di Klang ini. Bab hak anak terhadap ibu-bapa.
Partama, kata Ustaz Ali, memberi makan apabila keduanya memerlukan makanan. Kemudian Ustaz Ali menceritakan kisah keluarga terdekatnya juga, mengenai kisah memberi makan kepada bapa ini.
Katanya, bapa si anak ini telah berusia lanjut, sakit dan hanya terlantar di atas katil saja. Satu kali, dia berkata kepada si anak (lelaki) nya, " Dulu masa ayah sihat, waktu petang begini , ayah selalu makan goreng pisang awak dan minum kopi secawan...."
Lantas si anak yang mendengar kata-kata ayah itu lalu berkata," Ala..ayah ni mengada-ngada la...sakit buat cara sakit!" .
Kata Ustaz Ali, payah sangat kah nak mencari pisang goreng (awak) tu? Dan secawan kopi? Bukan dia minta sup pelanduk ke, sup kijang ke... hanya pisang goreng. Patutnya si anak berkatalah.
" Nanti saya carikan ayah, kalau tak dapat hari ni, esok saya cari.." Ini tidak, membuat kan hati si ayah kecil, dan meninggalkan hak anak terhadap bapanya. Apalah salahnya kita menyukakan hati ayah sendiri yang telah uzur dan sakit terlantar pula .
Lantas, kehidupan si anak selepas itu, menjadi tunggang-langgang. Ada kerja kena buang, ada kereta kena tarik dan lain-lain lagi. Hidup tak sempurna. Namun mungkin ia tak menyedarinya, dan tak mahu pula bertaubat.
Selepas itu Ustaz Ali, memberi tahu satu lagi hak anak terhadap ibu-bapa, iaitu memberi pakaian apabila keduanya memerlukan pakaian. Selepas memberi sedikit ulasan mengenainya, kuliah pun selesai dan jam sudah hampir 9 malam. Selepas solat Isyak, jemaah pun bersurai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment