"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
Sunday, 30 September 2012
Mayat Isteri D Kerumuni Lintah
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.
Hiasan
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.
Hiasan
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.
sumber: myberita.com
Wednesday, 26 September 2012
Kisah Benar: Senyum Indah Sang Bidadari....
Bonda, puasa itu wajib ya? Kata bu guru Ila, puasa itu wajib buat semua muslim," tanya Nabila sepulang sekolah. "Ila juga mau ikut puasa ah, supaya dapat pahala dan masuk syurga," lanjutnya.
"Ila mau masuk syurga, bonda. Ila mau jumpa Allah," ia masih melanjutkan kalimat penuh minat dari bibir mungilnya. "Kalau Ila masuk syurga, Ila boleh jumpa ayah ya, bonda? Tapi nanti siapa yang menjaga Bonda?"
Aku hanya tersenyum mendengar celotehannya, seperti biasa ia akan terus berceloteh riang tanpa henti. "Iya sayang, jadi Ila juga mesti belajar puasa dari sekarang ya, supaya Allah makin sayang sama Ila," sahutku bahagia mendengar semangat putri kecilku itu.
Ketika mengantarnya tidur, ia kembali mengingatkan untuk membangunkannya saat sahur nanti. Ia berbisik di telingaku saat aku mengecup keningnya di tempat tidur, "Bonda, kalau besok Ila puasa penuh, do'akan Ila cepat jumpa sama Allah ya," pintanya polos.
Dug! Ada perasaan lain menyergapku. Ah, segera kutepis rasa aneh itu. Seharusnya aku bersyukur ia tidak seperti teman-teman sebayanya yang sulit diajak belajar berpuasa. Aku mengiyakan dan hanya mengangguk dalam diam, ribuan syukur kupanjatkan padaNya kerana telah menganugerahkanku seorang puteri kecil yang luar biasa.
Di sepertiga terakhir malamku, kembali kutumpahkan airmata kesyukuran atas karuniaNya memberiku Nabila di sebuah episod kehidupanku. Kuhiba segunung pinta agar Dia selalu menjaganya di tiap desah nafas yang Ia berikan. Tiada lain yang kuinginkan selain menjadikan puteriku seorang wanita shalihah bidadariMU di dunia.
Nabila terlihat begitu bersemangat menyantap sahurnya. Ia mengambil sayur yang biasa enggan disentuhnya tanpa kuminta. Benar-benar sahur pertama yang begitu berkesan bagiku, sama seperti sahur pertama beberapa tahun lalu saat aku merasakan berpuasa pertama dengan status baruku sebagai seorang isteri dari lelaki pilihan yang dipilihkanNya.
Pagi itu, sebelum mengantar Nabila ke sekolah, kusempat singgah ke kedai peralatan kueh untuk membeli beberapa bahan yang kuperlukan. Kuajak Nabila turun dan kupimpin ia masuk ke dalam kedai . Aku sibuk memilih beberapa bahan hingga tak sedar bahwa Nabila tiada lagi di sampingku.
Tiba-tiba kudengar beberapa wanita menjerit dan orang-orang berlarian di luar kedai . Aku tersedar Nabila tak ada di dekatku. Aku panik dan ikut berlari ke luar kerana aku tak menemukannya di dalam kedai .
Aku berlari ke arah kerumunan orang ramai dan sesaat kurasakan bumi seolah berhenti berputar. Bumi tempatku berpijak seakan-akan menarik segenap kemampuanku untuk bergerak. Di depanku, Nabila tergeletak dengan baju seragam putihnya yang berlumuran darah.
Segera kudekap ia erat dan menggendongnya rapat. Aku dibantu beberapa orang di sekitar lokasi segera melarikan buah hatiku ke hospital . Di dalam kereta kudengar orang-orang mengatakan bahwa puteriku adalah korban langgar lari.
Sungguh aku tak peduli bagaimana kejadian sebenarnya atau siapa pun pelakunya, bagiku saat ini yang terpenting adalah menyelamatkan nyawa puteri mungilku. Sepanjang perjalanan, tak henti-hentinya aku beristighfar dan mengajak bicara puteriku dan memintanya bertahan.
Nabila mengeluarkan desah-desah kecil yang berusaha kutangkap, "Bonda, sakit. Kepala Ila, Nda." Jelas terlihat ia menahan sakit yang tak tertahankan.
Sekuat tenaga aku berusaha menyimpan tangisan yang sudah menyesak di dada. Aku tak boleh terlihat menangis kerana itu akan membuatnya lebih sakit dan panik. Aku harus terlihat tenang agar semangatnya muncul untuk berjuang melawan sakitnya.
"Ila sabar ya sayang, kita hampir sampai ke hospital . Bonda tahu anak bonda kuat, Ila harus bertahan ya sayang, Allah pasti bantu Ila supaya sembuh," ah, derai itu sulit sekali terbendung saat melihat raut wajah bidadari kecilku yang pucat menahan sakit. Darah terus mengalir dari pelipisnya.
"Bonda, Allah sayang Ila kan. Allah mau kan jumpa Ila?" parau suaranya masih bisa terdengar di telingaku.
Sebuah senyuman tersungging di bibir mungilnya. Senyuman terindah yang pernah ia punya. Ah, semakin erat dakapanku seolah ia tak ingin kulepaskan lagi.
Aku seolah terseret ke peristiwa 2 tahun silam saat aku berada di posisi yang sama, mendakap seseorang yang sudah menjadikanku permaisuri di taman hatinya meregang nyawa setelah sebuah kereta melanggarnya tepat di depan pintu gerbang setelah mengantarkanku ke sekolah tempatku mengajar. Masih terpahat di ingatan, senyuman terakhir yang diberikannya petang itu. Ya Rabb, kuatkan hamba.
Sampai di hospital , Ila segera dilarikan ke ruang kecemasan. Doktor memintaku untuk menunggu di depan ruang pembedahan karena ternyata Ila harus segera dibedah disebabkan pendarahan hebat di kepala dan punggungnya.
Aku merasa detik demi detik merambat begitu perlahan di ruang tunggu itu. Setelah hampir 2 jam menghabiskan waktu dengan kecemasan yang sulit digambarkan di depan ruang operasi itu, akhirnya aku menyeret langkahku ke arah mushala di ujung koridor untuk mengadukan segala gundah yang kurasakan di atas sajadah cintaNya.
Setulus kalbu kupinta dan kurayu pada sang pemberi hela nafas agar Ia menyembuhkan puteri kecilku. Namun di sebalik semua itu, aku hanya meminta yang terbaik dariNya untuk cahaya mataku itu, kerana aku yakin apa pun yang diputuskanNya, maka itu adalah yang terbaik untuknya, untukku, dan untuk semuanya.
Aku hanya meminta Dia memberiku kekuatan melalui semua ini. Ketenangan semakin kurasakan saat lirih ayat-ayat cintaNya itu kulafadzkan lirih. Ada rasa damai yang tiba-tiba hadir menyelusup di sanubari.
Kembali ke ruang tunggu kujumpai seorang wanita separuh baya yang kurasakan juga sedang menghadapi gundah yang sama. Ah, ruang ini, bangunan ini, seakan airmata, kegelisahan, dan kecemasan tersketsa di tiap sudut hospital .
Setelah hampir 4 jam menunggu dengan kecemasan yang tak tergambarkan, doktor itu ke luar dan menatapku dengan tatapan sendu. Aku hafal sekali tatapan itu, tatapan yang sama saat lelaki yang telah menjadikanku seorang ibu itu dibawa masuk ke ruang pembedahan , tatapan serupa saat wanita yang menjadi perantara hadirku ke dunia harus melawan maut di meja bedah itu.
Ya Allah, kupinta kekuatan dariMU. "Bonda, kalau besok Ila puasa penuh, do'akan Ila cepat jumpa sama Allah ya," terdengar lagi pintanya semalam.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un ...
Kulihat wajah Nabila pucat seperti kapas, namun di wajahnya senyum manis itu tak jua sirna, tak lagi kulihat sebuah derita di sana, yang tersisa hanya sebuah senyuman yang mengiringinya menghadap sang pemilik kehidupan.
Senyum yang juga diberikan ayahnya saat ia pergi meninggalkan dunia fana ini. Airmata tak lagi bisa kubendung saat kutatap lekat wajah bidadari kecilku itu, seolah ingin kupahat tiap inci wajahnya di dinding hati agar sketsa itu takkan pernah pudar untuk selamanya....
Selamat jalan, sayang. Kau pergi disaat mulia, disaat kau mulai meraba erti kehidupan di usiamu yang belia, disaat kau mulai tertatih belajar mencintaiNya, di Ramadhanmu yang pertama. Kau dapatkan kebahagiaan orang yang berpuasa, kebahagiaan akan perjumpaan denganNya.
Bonda mencintaimu, nak. Sangat, namun ternyata cintaNya padamu telah menguntum saat cinta bonda masih berputik. Bonda sedar cintaNya akan lebih dapat membuatmu bahagia. Dia jauh lebih mencintaimu, sayang.
Hingga Dia tak rela kau dibius cinta dunia, kerana itu Ia ingin kau ada di sisiNya. Bonda janji, bonda akan berusaha sekuat tenaga untuk dapat memelukmu lagi. Do'akan bonda, ya nak. Bonda sayang Ila, nak.
- Penulis : Nur Akmaliyah -
sumber: zilzaal
Tuesday, 25 September 2012
Ayah Dan Se Cawan Kopi....
Bismillah....
Malam tadi, alhamdulillah, sempat mengikuti kuliah Ustaz Ali Tuah di sebuah surau di Klang ini. Bab hak anak terhadap ibu-bapa.
Partama, kata Ustaz Ali, memberi makan apabila keduanya memerlukan makanan. Kemudian Ustaz Ali menceritakan kisah keluarga terdekatnya juga, mengenai kisah memberi makan kepada bapa ini.
Katanya, bapa si anak ini telah berusia lanjut, sakit dan hanya terlantar di atas katil saja. Satu kali, dia berkata kepada si anak (lelaki) nya, " Dulu masa ayah sihat, waktu petang begini , ayah selalu makan goreng pisang awak dan minum kopi secawan...."
Lantas si anak yang mendengar kata-kata ayah itu lalu berkata," Ala..ayah ni mengada-ngada la...sakit buat cara sakit!" .
Kata Ustaz Ali, payah sangat kah nak mencari pisang goreng (awak) tu? Dan secawan kopi? Bukan dia minta sup pelanduk ke, sup kijang ke... hanya pisang goreng. Patutnya si anak berkatalah.
" Nanti saya carikan ayah, kalau tak dapat hari ni, esok saya cari.." Ini tidak, membuat kan hati si ayah kecil, dan meninggalkan hak anak terhadap bapanya. Apalah salahnya kita menyukakan hati ayah sendiri yang telah uzur dan sakit terlantar pula .
Lantas, kehidupan si anak selepas itu, menjadi tunggang-langgang. Ada kerja kena buang, ada kereta kena tarik dan lain-lain lagi. Hidup tak sempurna. Namun mungkin ia tak menyedarinya, dan tak mahu pula bertaubat.
Selepas itu Ustaz Ali, memberi tahu satu lagi hak anak terhadap ibu-bapa, iaitu memberi pakaian apabila keduanya memerlukan pakaian. Selepas memberi sedikit ulasan mengenainya, kuliah pun selesai dan jam sudah hampir 9 malam. Selepas solat Isyak, jemaah pun bersurai....
Singgah Solat Dulu, Makanan Allah Hadiahkan...
By: Kanzun
Bismillah
Aku terpanggil untuk berkongsi pengalaman aku duduk di US. Hidup di sini secara umumnya memang agak sukar mencari restoran halal. Lagi lah kalau duduk dekat kawasan kampung dan kecil komuniti Muslimnya. Bila aku berjalan jauh, biasanya aku akan semak dulu list restoran halal melalui zabihah.com.
Walaupun ada sesetengah orang memilih untuk makan di fast food restaurant, aku secara peribadi masih lagi senang untuk membawa bekal sebelum berjalan, dan seboleh mungkin singgah di tempat yang kesemua makanan yang ada dalam restoran tu halal. Syukur Allah berikan aku perut yang senang dijaga, lambat lapar, dan tak cerewet. Maka atas dasar itu, aku tak melihat keperluan untuk singgah makan saja-saja di restoran selain daripada senarai yang tertera di zabihah.com.
Pada satu hari aku bergerak ke premium outlet yang letaknya satu jam dari tempat aku tinggal bersama-sama dengan 2 orang kawan berbeza bangsa dan negara. Selesai memborong apa yang patut, aku sudah berjanji untuk menghantar kawanku ke rumah pakciknya di satu bandar yang jauhnya satu jam dari outlet tersebut. Dalam perjalanan tu, aku beritahu pada dua kawan yang lain yang aku nak singgah restoran halal sebelum ke rumah saudaranya. Mereka setuju. Lalu aku pun memandu berpandukan GPS ke restoran tersebut. Tak jumpa, melilau aku cari, tapi tak juga jumpa, dua kali aku pusing. Susah payah nak mencari sebab tak nampak papan tanda yang jelas ditambah dengan trafik yang agak sibuk waktu itu. Aku dah naik malas, lalu aku tukar haluan untuk pergi tunaikan solat jamak qasar di surau berdekatan, juga berpandukan GPS.
Sesampainya aku di surau tersebut, berkunci. Aku jenguk-jenguk sampai ke tepi surau, tak ada orang. Tapi tak semena-mena ada seorang brother menegur aku, lalu aku menyatakan hasrat untuk solat, dan sempat aku tanyakan restoran halal yang aku cuba cari tu. Setelah mengucapkan terima kasih, aku pun masuk ke surau yang telah dibuka kuncinya oleh brother tersebut. Oh, ada orang lain rupanya di ruang solat perempuan ni.. seronoknya lihat anak-anak kecil belajar Al-Quran.
Usai solat, aku cuba ke restoran halal tersebut dengan mengikut panduan nasihat brother tersebut. Alhamdulillah, jumpa! Sedikit tersorok dan ke dalam. Restoran tersebut di dalam kedai groceries milik Muslim. Kedai barangan itu memang beroperasi, tapi restorannya tutup pada hari tersebut. Sedihlah juga, tapi memandangkan aku bawa bekal mihun goreng tomyam dalam kereta, tak ada lah aku terlalu kecewa. Sekurang-kurangnya aku boleh beli Prata Kawan dari kedai tu, dan juga beberapa item lain, nuget dan burger daging.
Aku sengaja maklumkan kepada peniaga tersebut aku datang dari jauh, hampir dua jam dari kedainya. Kemudian peniaga tersebut pergi ke bahagian dapur, dan keluar semula dengan kawannya. Aku yakin kawannya itu tukang masak bahagian restoran yang tutup pada hari aku datang tu. Tukang masak beritahu padaku yang mereka tak beroperasi pada hari itu. Aku pun tak boleh la nak cakap apa, mungkin bukan rezeki aku haritu. Agaknya tengok muka yang kesian ni, tukang masak tu cakap dia boleh siapkan nasi goreng kalau aku nak. Ha? Bukan ke tutup? Dia kata kalau nasi goreng dia boleh masak sekejap. Apa lagi, aku pun setuju je lah. Aku tempah dua bungkus. Siap masak, aku siap sedia untuk bayar. Tapi tukang masak tu geleng kepala, dia kata tak apa, tak perlu bayar, dan tepuk bahu aku suruh balik je.. Aku dengan muka terkedu-kedu disuruh balik begitu saja tanpa bayaran. Nasi goreng dia tu serupa macam nasi beriani ayam dekat Malaysia okayy.. Sedap! Penuh dua bungkus, dapat percuma lagi!
Aku pun ucapkan terima kasih banyak-banyak pada tukang masak tu, dan pada peniaga bahagian groceries. Apa yang aku boleh kongsikan, benarlah bila kita dahulukan Allah, maka tiada yang mustahil untuk Allah penuhi hajat dunia kita. Dalam cerita yang aku sampaikan ni, tiada yang pelik untuk Allah gerakkan tukang masak sebuah restoran yang tidak beroperasi, untuk bagi aku makan percuma tanpa bayaran satu sen pun. Alhamdulillah, rezeki semuanya milik Allah!
Bagi beberapa situasi lain, bilamana aku sedekah sejumlah wang untuk seseorang, Allah gantikan tunai dengan nilai yang sama, pada jarak waktu yang singkat (dan aku pasti sebenarnya nilai totalnya berganda dan disimpan untuk waktu yang lain untuk ditunaikan). Yakinlah pada Allah, ikhlaskan diri bersedekah dan beribadat, hal dunia kita pasti akan dipermudahkan. Allah mampu mengubah malam menjadi siang, siang bertukar malam, apa lah sangat kehendak kita sebagai hambaNya yang kerdil ini, pasti tiada yang mustahil untuk Allah jika Allah berkehendak.
sumber: myibrah
Sunday, 23 September 2012
Seorang Anak Yang Memukul Ayahnya...
Di sebuah jalan raya, terlihat ada seorang pemuda belia, berkulit coklat, berotot kuat, di tangannya ada sebuah tongkat keras, yang dia gunakan untuk memukul seorang laki-laki tua yang telah berusia enam puluh tahun.
Orang tua itu berbadan kurus, diam tidak mengaduhkan pukulan tersebut. Orang-orang di sekitarnya berkerumun melihat mereka berdua, bermaksud hendak membebaskannya. Salah seorang dari mereka berkata kepada pemuda itu, “Mengapa kamu memukul orang tua malang ini? Tidakkah kamu takut kepada Allah?” Orang yang lain berkata, “Apa yang telah diperbuatnya sehingga kamu memukulinya dengan kuat seperti ini?”
Akan tetapi pemuda itu terus memukul orang tua tersebut dan tidak menoleh sedikit pun kepada mereka. Orang yang lain lagi berkata, “Tidakkah kamu takut kalau ada seseorang yang memukul ayahmu seperti ini?”
Kemudian orang (yang terakhir) itu menoleh kepada orang-orang di sekitarnya dan mengatakan kepada mereka, “Kalian harus mengadukan pemuda ini kepada ayahnya, barangkali dia akan menegur dan memarahinya. Siapa yang mengetahui ayah dari pemuda yang kejam ini?”
Tiba-tiba ada seorang laki-laki yang terlihat memiliki wibawa dan kehormatan. Dia berkata dengan tenang, “Aku tahu pemuda ini, dan aku tahu siapa ayahnya. Sesungguhnya pemuda itu sedang memukuli ayahnya. Orang tua malang yang dipukulinya ini adalah ayahnya sendiri.” Mendengar hal itu orang-orang tercengang, raut wajah mereka berubah karena kehairanan yang amat sangat.
Sungguh aneh, bagaimana mungkin ada seorang anak yang memukul ayahnya sendiri dengan kejam seperti ini? Mereka pun menyerang pemuda itu dan membebaskan si ayah dari pukulan anaknya. Namun sambil terengah-engah, ayahnya berkata, “Biarkan aku, sungguh Allah Ta’ala telah membalasku. Dahulu ketika aku masih muda, aku pernah memukul ayahku sama seperti ini, hanya kerana dia meminta sedikit wang dariku.”
Orangramai merasa takjub kerana keadilan Allah Ta’ala. Allah berfirman,artinya:
”Dan sekali-sekali tidaklah Rabbmu menganiaya hamba-hamba(Nya).” (Fushshilat: 46). ( Aqibah Uquq al-Walidain, hal. 130-131.)
Kataku:
' Semoga anda dan saya semua faham, dan mahu mengambil iktibar dari kisah ini'.
sumber: zilzaal
Wednesday, 19 September 2012
Keajaiban Bilik Tidur....
“Hendaknya kita menjaga bilik tidur dari berbagai pertentangan ataupun masalah,” kata si suami, disetujui isterinya.
Seperti halnya rumah tangga lain, rumah tangga mereka juga tidak selamanya bebas masalah. Mereka pernah bertengkar, suami pernah marah pada isteri, isterinya juga pernah marah pada suami.
“Namun di kala kami memasuki bilik tidur,” lanjut si suami, “semua pertengkaran dan marah itu hilang , seolah tak terjadi apa-apa diantara kami.”
“Pagi harinya di saat kami terbangun, kami pun sudah lupa dengan pertengkaran kami,” sambungnya.
Anda para suami dan isteri juga boleh membina kesepakatan serupa, lalu merasakan “mukjizat” yang sama.
Satu hal yang perlu difahami oleh suami maupun isteri adalah ,bahwa keluarga bahagia bukanlah keluarga tanpa masalah . Maka di dalam hati isteri dan suami, keduanya menyiapkan ruang untuk masalah yang mungkin timbul. Dengan adanya ruang itu, suami dan isteri mampu menampung masalah yang terjadi, tidak depresi apalagi memutuskan sedikit masalah dengan bercerai. Na’udzubillah.
Bahkan keluarga Rasulullah pun pernah didera masalah. Aisyah pernah cemburu hingga membuat jatuh dulang berisi makanan dari isteri lainnya yang dihantar oleh pembantunya. Rasulullah juga pernah dibuat “susah” oleh isteri-isterinya yang cemburu kepada Zainab binti Jahsy kerana di sana Rasulullah dijamu madu. Demi “berdamai” dengan isteri-isterinya itu, Rasulullah pernah mengharamkan madu untuk dirinya sendiri. Namun kemudian Allah mengingatkannya dengan menurunkan surat At-Tahrim.
Rasulullah bahkan pernah dituntut oleh isteri-isterinya untuk menaikkan nafkah kepada mereka, lalu Allah memberi petunjuk apakah tetap dengan kezuhudan dalam keluarga Rasulullah atau diberi harta yang banyak tapi dicerai. Mereka pun memilih tetap bersama Rasulullah.
Menyedari masalah boleh timbul, suami isteri kemudian perlu mekanisme untuk menyelesaikannya. Salah satunya, dengan tidak memperlama masalah dan membuat masalah kecil segera diselesaikan. Men'steril'kan bilik tidur dari masalah boleh menjadi alternatifnya. Biarkan kehangatan dan kemesraan di sana menggilas masalah-masalah itu hingga tak tersisa. Dan ternyata, cara itu bukan hanya diterapkan teman Mohammad Al-Khady.
“Apapun masalah yang kami alami,” seorang suami menuturkan, “atau berselisih dalam berbagai hal, setelah aktiviti di bilik tidur segalanya menjadi lebih baik, yang hadir kemudian adalah senyuman.”
Mengapa? Sebab di bilik tidur, kadar mawaddah akan bertambah. Di bilik tidur, kepuasan biologis dan ketenangan psikis boleh diperolehi. Di saat seperti itu, dada semakin lapang. Jiwa makin luas menerima pasangan. Dan suami isteri lebih mudah saling memaafkan.
Mungkin kerana pentingnya urusan bilik tidur inilah, ia menjadi salah satu “terapi” dalam Islam jika isteri melakukan pelanggaran atau durhaka. Namun, ia bukan langkah pertama, melainkan langkah berikutnya. Yakni langkah mengingatkan atau nasihat tak lagi berguna, barulah isteri dibiarkan sendiri di tempat tidurnya.
Maka jika malam tiba
Berhiaslah untuknya
Bilik cinta adalah istana dua jiwa
Peraduan selaksa pesona
Hanya ada cumbu canda dan kasih mesra
Lalu biarlah ia menyapu segala problema
Wallaahu a’lam bish shawab.
sumber: zilzaal
Tuesday, 11 September 2012
SEORANG AYAH BERTAUBAT DENGAN SEBAB ANAKNYA YANG MASIH BERUSIA 7 TAHUN
Penyebabnya, tidak lain kerana ia bergaul akrab dengan orang-orang jahat dan para dukun. Tanpa ia sedari, syaitan setia menemaninya dalam banyak kesempatan.
Ia bercerita mengisahkan tentang riwayat hidupnya:
“Saya memiliki anak laki-laki berusia 7 tahun, bernama Marwan. Ia bisu dan tuli. Ia dididik ibunya, perempuan shalihah dan kuat imannya.
Suatu hari setelah adzan maghrib saya berada di rumah bersama anak saya, Marwan. Saat saya sedang merencanakan di mana berkumpul bersama teman-teman nanti malam, tiba-tiba, saya dikejutkan oleh anak saya. Marwan mengajak saya bicara dengan bahasa isyarat yang artinya, ”Mengapa engkau tidak shalat wahai Abi?”
Kemudian ia menunjukkan tangannya ke atas, artinya ia mengatakan bahwa Allah yang di langit melihatmu.
Terkadang, anak saya melihat saya sedang berbuat dosa, maka saya kagum kepadanya yang menakut-nakuti saya dengan ancaman Allah. Anak saya lalu menangis di depan saya, maka saya berusaha untuk merangkulnya, tapi ia lari dariku.
Tak berapa lama, ia pergi ke kamar mandi untuk berwudhu, meskipun belum sempurna wudhunya, tapi ia belajar dari ibunya yang juga hafal Al-Qur’an. Ia selalu menasihati saya tapi belum juga membawa faedah.
Kemudian Marwan yang bisu dan tuli itu masuk lagi menemui saya dan memberi isyarat agar saya menunggu sebentar… lalu ia shalat maghrib di hadapan saya. Setelah selesai, ia bangkit dan mengambil mushaf Al-Qur’an, membukanya dengan cepat, dan menunjukkan jarinya ke sebuah ayat (yang artinya):
”Wahai bapaku, sesungguhnya aku khawatir bahwa kamu akan ditimpa adzab dari Allah Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaithan” (Maryam: 45)
Kemudian, ia menangis dengan kerasnya. Saya pun ikut menangis bersamanya. Anak saya ini yang mengusap air mata saya. Kemudian ia mencium kepala dan tangan saya, setalah itu berbicara kepadaku dengan bahasa isyarat yang artinya, ”Shalatlah wahai ayahku sebelum ayah ditanam dalam kubur dan sebelum datangnya adzab!”
Demi Allah, saat itu saya merasakan suatu ketakutan yang luar biasa. Segera saya nyalakan semua lampu rumah. Anak saya Marwan mengikutiku dari ruangan satu ke ruangan lain sambil memperhatikan saya dengan aneh.
Bandar Madinah |
Kemudian, ia berkata kepadaku (dengan bahasa isyarat), ”Tinggalkan urusan lampu, mari kita ke Masjid Besar (Masjid Nabawi).”
Saya katakan kepadanya, ”Biar kita ke masjid dekat rumah saja.”
Tetapi anak saya berkeras meminta saya menghantarkannya ke Masjid Nabawi.
Akhirnya, saya mengalah kami berangkat ke Masjid Nabawi dalam keadaan takut… Dan Marwan selalu memandang saya. Kami masuk menuju Raudhah. Saat itu Raudhah penuh dengan manusia, tidak lama datang waktu iqamat untuk shalat isya’, saat itu imam masjid membaca firman Allah (yang artinya),
”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan munkar. Sekiranya tidaklah kerana karunia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan munkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” (An-Nuur: 21)
Saya tidak kuat menahan tangis. Marwan yang berada disampingku melihat aku menangis, ia ikut menangis pula. Saat shalat ia mengeluarkan tissue dari sakuku dan mengusap air mataku dengannya. Selesai shalat, aku masih menangis dan ia terus mengusap air mataku. Sejam lamanya aku duduk, sampai anakku mengatakan kepadaku dengan bahasa isyarat, ”Sudahlah wahai Abi!” Rupanya ia cemas kerana kerasnya tangisanku. Saya katakan, ”Kamu jangan risau.”
Akhirnya, kami pulang ke rumah. Malam itu begitu istimewa, kerana aku merasa baru terlahir kembali ke dunia. Isteri dan anak-anakku menemui kami. Mereka juga menangis, padahal mereka tidak tahu apa yang terjadi.
Marwan berkata tadi Abi pergi shalat di Masjid Nabawi. Isteriku senang mendapat berita tersebut dari Marwan yang merupakan buah dari didikannya yang baik.
Saya ceritakan kepadanya apa yang terjadi antara saya dengan Marwan. Saya katakan, “Saya bertanya kepadamu dengan menyebut nama Allah, apakah kamu yang mengajarkannya untuk membuka mushaf Al-Qur’an dan menunjukkannya kepada saya?”
Dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak tiga kali bahwa ia tidak mengajarinya. Kemudian ia berkata, “Bersyukurlah kepada Allah atas hidayah ini.”
Malam itu adalah malam yang terindah dalam hidup saya. Sekarang -alhamdulillah- saya selalu shalat berjamaah di masjid dan telah meninggalkan teman-teman yang buruk semuanya.
Saya merasakan manisnya iman dan merasakan kebahagiaan dalam hidup, suasana dalam rumah tangga harmonis penuh dengan cinta, dan kasih sayang.
Khususnya kepada Marwan saya sangat cinta kepadanya kerana telah berjasa menjadi penyebab saya mendapatkan hidayah Allah.”
Wallahua’lam bish Shawwab....
Semoga bermanfaat bagi yang membacanya ....
sumber : zilzaal
Subscribe to:
Posts (Atom)