Ia adalah pagi yang sangat indah apabila jalur-jalur panahan matahari melalui celah-celah dahan pokok. Saya sangat sibuk menyediakan satu cadangan yang perlu diserahkan segera kepada bos yang sentiasa mahukan ianya sempurna pada hari berikutnya.
Saya berpindah
ke Singapura selepas sahaja saya menyiapkan ijazah pertama saya untuk
mendapatkan pekerjaan yang lebih baik sebagai pengurus di sebuah bank di
Raffles Place. Kedua-dua ibu bapa saya masih tinggal di pulau kecil yang indah
di Malaysia. Ibu saya adalah orang yang paling
saya hormati . Dia mencurahkan cintanya
pada tahun-tahun kanak-kanak saya. Dia membesarkan saya dengan menghadapi banyak masalah dan
kesusahan. Saya sangat mengasihinya dan
sentiasa mengasihinya.
Saya amat sibuk
menghadiri mesyuarat dan menyediakan cadangan hampir setiap hari. Saya menjalani
hidup yang sangat sibuk untuk mendapatkan gaji tinggi dan terdedah dengan perbelanjaan melampau saya. Saya tidak
mempunyai masa untuk melawat ibu saya kerana saya biasanya hanya akan
menghubungi beliau melalui surat atau panggilan tetapi kali ini saya tidak
mempunyai masa untuk menghubungi beliau samasekali . Saya menyepikan diri selama setahun. Ia telah 4 tahun berlalu
sejak saya berpindah ke sini dan saya tidak pernah melawat ibu saya walaupun
sekali.
Satu hari semasa saya mempunyai mesyuarat
dengan pengurus lain dari China, setiausaha saya bergegas ke bilik mesyuarat
saya dengan tergesa-gesa (dia selalu
begitu) meminta saya untuk menjawab panggilan segera. Saya tidak dapat meninggalkan
mesyuarat ini sama sekali kerana ia akan
menjejaskan pendapatan bank kami. Ia akan menjadi satu kehilangan besar kepada
bank kami. Oleh itu, saya memutuskan untuk tidak menjawab panggilan itu.
Beberapa bulan telah berlalu, saya menerima sepucuk surat pada satu pagi. Ia adalah dari ibu saya. Saya terkejut dan saya tidak dapat membuka mulut untuk berkata-kata . Saya terpegun seketika. Hati saya penuh dengan ketakutan dan kekecewaan.
Anakku tersayang ,
Saya tahu anda begitu sibuk sentiasa . Anda tetap anak tersayang saya dan saya akan sentiasa menyayangi anda. Ketika anda membaca surat ini, saya tidak akan berada di sini lagi. Saya telah pergi ke tempat yang sangat jauh. Hati saya masih akan bersama anda. Saya tidak dapat menjaga anda selama-lamanya. Saya minta maaf. Anda adalah orang yang sentiasa saya ambil berat dan sayangi . Anakku, saya sangat gembira melihat anda berjaya sekarang. Nasihat saya yang terakhir untuk anda iaitu kasih-sayang adalah pertama sebelum kekayaan. Saya sayang anda, anakku .
Dengan kasih
sayang,
Ibu
Ibu
Saya benar-benar menyalahkan diri saya kini, dan saya telah melakukan sesuatu yang benar - benar tidak patut . Saya amat berasa ingin memohon maaf darinya. Saya menyesal dengan apa yang saya telah lakukan. Saya mengambil keputusan untuk berhenti seketika dari semua kerja saya dan hanya mahu menziarahinya di rumah lama saya di Pulau Pinang.
Apabila saya membuka pintu secara perlahan-lahan, air mata
saya turun tanpa henti . Rumah ini mengingatkan masa lampau saya apabila saya yang masih kanak-kanak , tidur di atas lengan ibu saya dengan nyenyaknya . Melangkah masuk melalui pintu
dengan air mata, saya sangat terkejut apabila melihat ibu saya duduk di atas
kerusi roda beliau. Dia tersenyum manis kepada
saya. Saya terlalu teruja untuk bercakap. Saya bergegas ke arahnya untuk
memberi pelukan tetapi dia hilang secara tiba-tiba. Rupanya itu adalah hanya satu ilusi dalam fikiran saya
yang tidak dapat dilupakan.
Selepas kejadian yang menyedihkan hati itu , saya telah belajar satu pengajaran yang amat bermakna . Ini telah mengajar saya bahawa Wang bukanlah segala-galanya. Keluarga mesti sentiasa diutamakan. Ini memberikan satu lonjakan besar dalam hidup saya . Kita mesti sentiasa ingat ibu kita. Beliau adalah salah satu yang memberikan kita kebahagiaan dan kasih sayang. Kebajikan bermula di rumah. Wang hanyalah sekeping kertas yang menyebabkan banyak masalah kepada ramai orang di dalam dunia ini.
Diadaptasi dari tulisan: C.H. FOONG
No comments:
Post a Comment