"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Monday, 22 April 2013

TERMAKBULNYA SEBUAH DOA...




Doa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sejak 20 tahun yang lalu agar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk menyertai PAS akhirnya dimakbulkan.

Haron Din pernah mengenali Muhammad berpuluh tahun lalu ketika beliau berkhidmat di Tabung Haji sebagai pegawai yang mengendalikan kursus haji.

“Waktu itu saya mengadakan kursus haji yang kebetulan waktu itu beliau (Muhamad) turut serta dalam kursus itu,” katanya.

Dalam sidang media penyerahan borang keahlian PAS Muhammad, Haron Din menceritakan bagaimana beliau mula-mula mengenali Ajk Tertinggi Umno itu.


“Kita buat umrah sama-sama, dapat bas biasa. Bas itu mati di tengah-tengah terowong, tidak ada pilihan terpaksalah tolak bas itu. Orang pertama yang turun tolak Muhamad Taib ketika itu dia MB Selangor.

“Pulang ke Malaysia selepas itu, saya dijemput bagi ceramah bulanan di rumah MB. Tan Sri minat pada ceramah agama sampai sanggup buat ceramah di rumahnya,” katanya.

Ekoran itu, Haron Din sentiasa mendoakan pasti suatu hari nanti Muhamad akan menyertai PAS.

“Saya pernah mendoakan supaya Allah bukakan hati dan hidayahnya untuk agama yang suci ini, saya mengalu-alukan beliau pada pagi ini,” kata Haron Din.

Jelas Haron Din, Muhammad pernah datang ke rumahnya sebelum ini sebagai seorang teman lama dan tidak lebih dari untuk bersembang.

Bagaimanapun Haron Din terkejut apabila kehadiran Muhammad untuk menyatakan kesediaannya menyertai PAS.

“Ketika itu, saya terus menyediakan borang keahlian PAS, maka disinilah bermulanya dan akhirnya beliau masuk PAS,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pengisytiharan Muhammad dilakukan selepas penamaan calon bagi melahirkan keikhlasan bahawa mereka yang menyertai PAS bukan untuk menjadi calon.

“Muhammad sudah bersama kami setahun yang lalu, dan sengaja (isytihar masuk PAS) dibuat selepas penamaan calon. Kerana kita tidak dapat menguasai media dengan sepenuhnya.

“PAS mengalu-alukan penyertaan Tan Sri. Ini adalah sokongan dan dokongan yang sangat kuat yang pernah memimpin Umno di peringkat pusat dan kerajaan negeri,” katanya.

Bekas Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini secara rasminya menyertai Pas apabila beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di ibu pejabat parti itu.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mhafuz Omar dan Salahuddin Ayub.

sumber: Harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment