"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
Monday, 14 January 2013
ROKET BASHAR MEMBUNUH KELUARGAKU....
Namaku Tasnim ’Adnan Jum’ah dari kampung Mu’adhamiyah ,Syam di pinggiran Damascus. Umurku enam tahun. Aku tak dapat ke sekolah kerana rejim mengebom sekolahku.
Keinginanku cuma satu: Hidup tanpa bahaya apa pun bersama Mama, Papa, kakak-kakak perempuanku, abangku Mahmud. Aku sendiri anak ke lapan. Mahmud satu tahun lebih tua dariku. Aku mencintai semua kakak-kakak perempuanku. Mainanku banyak di rumah.
Pada hari Rabu 2 Januari 2013 lalu, Mama masak makanan enak dan kami makan dekat pemanas rumah. Sambil makan, aku main dengan Mahmud. Tiba-tiba roket dari MiG jatuh ke rumah kami. Itulah hal terakhir yang aku ingat.
Sekarang semua sudah tidak ada. Mamaku, Aminah Jum’ah, Papaku ‘Adnan Jum’ah, kakak sulungku Du’a, saudara-saudara perempuanku yang lain Habah, Bayan, Rawn, Hanan, Hanin dan abangku tercinta Mahmud, juga sudah pergi.
Aku tinggal bersama kakak perempuanku yang sudah menikah dan ada dua anak, Hamzah dan ‘Umar yang comel. Suami kakakku itu syahid saat berusaha menyelamatkan Mama dan Papa dari balik reruntuhan rumah.
Sekarang ada masih di hospital untuk menjalani pengubatan kerana luka terbakar akibat roket itu.
Aku cuma ingin tersenyum. Kerana aku lebih kuat daripada kalian wahai Syabiha (kakitangan Basyar al-Assad) di pesawat-pesawat kalian.
Aku ingin tersenyum agar Mama di syurga melihatku dan tidak khuatir. Mereka tentu kini semua sudah berada di syurga. Semua dapat melihat aku dan mereka semua bahagia.
Tapi aku sangat rindu kepada mereka. (Sahabat Syria)
sumber: zilzaal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment