"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)
Wednesday, 29 May 2013
TUBUH ARIEL SHARON MEMBUSUK TAK DITERIMA TANAH...
Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi siapapun. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup atau “Mumia hidup” yang bernyawa tetapi “mati” .
Diberitakan bahwa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi)ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Dia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu.
Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bagian tubuh lain.Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh Islam yang gemar menumpahkan darah. Otaknya yang tersumbat menyebabkan kerosakan di seluruh tubuhnya.
Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad s.a.w yang dialkukannya secara terus menerus siang dan malam. Akhirnya dia menderita lumpuh seluruh badan dan tidak boleh menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon . dia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui hal-hal disekelilingnya.
Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan dia masih hidup.
Demikianlah, mereka (para doktor) akan memotong anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.
Benarlah firman Allah SWT :
”Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar “(Fushilat:53)
Dia telah koma selama 4 tahun dan doktor doktor mengatakan dia akan terus koma sehingga umur 90 tahun dan tidak mati. Begitulah siksa dunia yang Allah tunjukkan . Belum lagi seksa di akhirat. Dan dikatakan berat Ariel Sharon semakin menyusut dan dikatakan berat sekarang cuma kira kira 15 Kilogram
P/S:Subhanallah !sesungguhnya janji Allah itu pasti.Janganla kita berlaku zalim sesama manusia...
SUMBER
Sunday, 19 May 2013
KISAH MENYAYAT HATI SEORANG IBU DAN ANAKNYA....
Kisah ini ditulis sendiri oleh saudara Mazidul Akmal Sidek , yang bersama-sama dengan kumpulan ini yang mahu bertolak pulang dari Vietnam. Beliau merakamkan segala peristiwa yang berlaku untuk tatapan dan iktibar kita semua......
IBU DAN BAYI SENGSARA DI VIETNAM : AIR ASIA USAH LEPAS TANGAN ( EKSKLUSIF ) UPDATED
Kira-kira jam
8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya terlihat
penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh
kakitangan lelaki Air Asia. Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
dijadualkan berlepas pada jam 9 malam atau 10 malam waktu Malaysia.
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
"Kakitangan Air
Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat kerana dia
demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho Chi
Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat
demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam
lagi," ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
"The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot board the aircraft," arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua
beg pakaian mereka telah dimasukkan ke dalam pesawat. Setelah
bercuti selama empat hari, kandungan beg bercampur aduk dan barangan
keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.
"So, all twelve had to stay then ," balasnya.
"I
understand the situation, law is a law but don't forget, these are
human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for
another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer
this matter to your superior again before making further decision," balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan menyentuh tubuh Maryam.
"Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh," ujar doktor terbabit.
Beberapa minit
kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas menyelitkan
jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
"Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu," ujar kakak Izan, Norhamiza.
Saya
perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak
mata Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom
down.
Barangkali
dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala itu amat
getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk mengharung
detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya itu.
Keputusan
muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak
biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.
"The captain doesn't allow this baby on board," ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia
berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah. Lazimnya,
ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke Malaysia.
Di saat
perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli keluarganya.
Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah di pipi.
"Ibu ini
diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima hari lagi di sini.
Barangkali dia tidak mempunyaii wang tunai mencukupi. Kalau hati
terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan," kata saya spontan
kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak
semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India,
tergesa-gesa mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket serta
beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka
tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan. Saya
melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu menghulurkan
sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.
Sebelum
beredar, Izan sempat dipeluk oleh beberapa wanita Melayu tidak pernah
dikenalinya. Sebilangan wanita lain, berlari mendapatkan ibu bertugas
sebagai kakitangan Hong Leong Bank itu dan mendermakan wang tunai.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka, kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes
tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak
segan untuk merayu ...
"Tan Sri,
tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air Asia
boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara
asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna
perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama
seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah
pelanggan Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika
penumpang tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan
Sri, individu tersohor di mata rakyat Malaysia"
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don't wear skirt.
Lupakan Tony
tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan
kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani
kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia
terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.
Sekitar jam
9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika ibu dan
anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam, terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN, tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki
pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua pramugari,
Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat. Melihat
reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat
menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.
"Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu," pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
"Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita," kata gadis tinggi lampai itu.
"Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam menaiki pesawat," soal saya.
"Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan," akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya,
tiada individu bijak gemar bertindak melanggar undang-undang. Jika
kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata membahayakan nyawa semua
penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan kadar segera di hospital
di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba
di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza dan ahli
keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Memang kami terekjut," komen Zaiton terkilan.
"Tadi sewaktu
saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air Asia itu
menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am sorry.
Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua pasang
baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat
kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu,
banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan ke Vietnam," tambah Norhamiza.
"Jadi tidak
benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke hospital
oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?," tanya saya
kepada ahli perniagaan itu.
"Apakah pesanan puan kepada Air Asia?," soal saya.
"Periksa secara
teliti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Jika Maryam
membawa penyakit, sudah pasti kami antara individu paling awal
dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia. Saya sendiri tidur
sebilik dengan Maryam," luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal
berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai wang mencukupi
untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di Vietnam?
Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini?
Perkembangan kes ini bakal saya kongsikan bersama semua, kelak.
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL
SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI MEDIA SOSIAL
Monday, 13 May 2013
TIADA LAGI PERANTARA DALAM DOA....
Peluk Islam, Cecillia: Saya Langsung Berkomunikasi dengan Allah
Cecillia Mahmuda Canolly besar dan tumbuh dalam persekitaran Katolik Rom. Keraguan Cecillia mulai nampak ketika banyak pertanyaan kritisnya ditanggapi dingin oleh gereja.
"Aku telah kehilangan iman Kristian kerana beberapa alasan. Salah satunya, gereja selalu mengatakan jangan pertanyakan apapun, yang penting adalah memiliki keimanan," kata dia seperti dikutip Arabnews, Sabtu (11/5).
Sejak itu, Cecillia tak lagi mengikuti gereja. Ia hanya mempercayai satu Tuhan. Itu yang selalu terpateri dalam hati dan fikirannya. "Aku fikir, lebih mudah menempatkan satu Tuhan berbanding tiga. Terlalu banyak misteri, dogma dan ritual," ujar dia.
Dalam pemikiran Cecillia, segala hal yang ada di bumi kaya akan keajaiban. Seperti pohon, bunga, burung dan haiwan-haiwan. Bahkan bayi yang baru lahir pun begitu indah.
"Bagaimana mungkin bayi yang baru lahir itu sudah dibekali dosa turunan. Saya tidak percaya lagi soal ini, kerana semuanya indah," kata Cecillia.
Suatu hari, puteri Cecillia membawa buku tentang Islam.Memang sejak awal , ia tak terlalu menanggapi serius masalah itu. Namun, Cecillia merasa ada yang mulai menuntunnya kepada Islam. Pada akhirnya, ia memberanikan diri bertemu Muslim.
Ketika bertemu, Cecillia memaparkan pertanyaan tentang apapun yang terkait dengan Islam dan Muslim. Cecillia memiliki ekspektasi bahwa jawaban yang dia perlukan sangat panjang. Nyatanya, setiap pertanyaaan yang terlontar dijawab ringkas.
Setelah banyak membaca ajaran Islam, Cecillia pun memutuskan untuk menjadi Muslim. "Anda tahu, apa yang membuatku terkesan. Saya tidak lagi berdoa melalui perantara, saya langsung berkomunikasi dengan Allah. Kerana Dialah yang tahu apa yang kita perlukan," jelasnya.
"Iman dan Islam, harta dunia akhirat"
sumber : Republika
Friday, 10 May 2013
KISAH AYAHKU, AHLI TABLIGH......
Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.
"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.
Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.
Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.
Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.
Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.
Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.
Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.
Ayah sakit
Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.
Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.
Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.
Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.
Ayah meninggal
Pada jam 2100, 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.
Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.
Urusan jenazah
Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.
“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.
Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.
“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.
“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.
“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.
Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.
“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”
Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.
Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.
Amalan di dunia
Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda. Sharing is Caring
sumber : Zainal Abidin Sakom
Wednesday, 8 May 2013
KISAH SAYA DAN CINA...
Ini cerita saya tentang kaum Cina di Malaysia. Ini kisah benar yang saya alami. Mereka bukan racist.
Kisah ini terjadi di Batu 18 di Bukit Grik pada 13.03.2013. Ini kisah saya sendiri. Jika ramai yang kata Cina racist , saya kata TAK.
Ketika hujan renyai-renyak kereta saya berpusing-pusing akibat jalan licin dan terbabas ke bahu jalan. Saya keseorangan ketika itu. Saya dari Kelantan menuju ke Perak. Dah banyak kereta saya tahan akhirnya ada yang Melayu yang berhenti tapi hanya ingin melihat dan pergi begitu saja.
Selepas itu ada Cina naik kereta Honda Civic kalau tak silap saya berhenti dan menolong saya. Dia Cina dari Penang. Dia yang menelefon kepada polis dan towing dan memberi makanan dan minuman kepada saya. Melayu yang lain hanya melihat saja. Saya bukan ingin merendahkan kaum Melayu tapi ingin saya tegaskan betapa mulianya seorang Cina yg berlainan bangsa dan agama menolong saya dengan ikhlas.
Saya menghulurkan sedikit wang kepadanya tanda terima kasih kerana menolong saya sewaktu kemalangan tetapi dia menolaknya kerana dia kata dia ikhlas tolong saya. Tetapi setelah towing sampai dia menghulurkan duit sebanyak RM50 kpd saya untuk meringankan beban tapi saya menolak.
Saya nak tegaskan disini , jangan kata Cina itu racist kerana ada dikalangan mereka lagi bagus dari bangsa kita sendiri yang ego ! Jangan cuba menaikkan api perkauman kepada kaum Cina. Mereka juga warganegara juga.
Terima Kasih uncle ! We are Malaysian !
By: Nuraidi Syazwan
Subscribe to:
Posts (Atom)