"Serangkap perkataan sudah cukup untuk mereka yang mahu mengambil iktibar, tetapi seribu perkataan tidak cukup bagi mereka yang keras hati"

(UNTUK KESAN BACKGROUND MUSIC TERBAIK, SILA SET KAN VOLUME 20-25 SAHAJA, TQ)

Tuesday 31 July 2012

Kisah Sedih 6 Mei 2012....Tragedi di Lebuhraya Pantai Timur...

                                         Kisah Sedih 6 Mei 2012...Tragedi Di Lebuh Raya Pantai Timur    

Mungkin ada di antara kita yang ada terbaca mengenai berita kemalangan kereta Lancer di Lebuhraya LPT yang berlaku pada 6 Mei baru-baru ni.

Di bawah ini adalah kisah disebalik kejadian tersebut yang diceritakan semula oleh seorang saksi yang melihat sendiri ‘scene’ dari sebelum, semasa dan selepas kemalangan tersebut berlaku.

Ia dipetik dalam laman www.ohtidak.com;

"Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.

Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.

Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer.

Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.

Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.

Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.

Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.

Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.



Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.

Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.

Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.

Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.

Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.

Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.

Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.

Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.

Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.

Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.

Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.

Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.

Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.

Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.

Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar."

Tauladan:

                  Kita sering lupa apabila dalam keadaan memandu terlalu laju. Ingatlah, nyawa kita hanya ada satu. Dan jagalah ia dengan sebaik2nya kerana peluang takkan datang lagi.
                   Akhir kata, berhati-hati ketika memandu terutama kepada yang akan memandu sempena pulang berhari raya nanti...





sumber:  mynewshub


Monday 23 July 2012

TAK TAU BACA, TAPI CINTA AL QURAN...



"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "


sumber: abuhikam

KISAH TEMPE DAN TELUR HANGUS.....



MALAM yang dingin disapu gerimis dan kabut tipis, membuatku mengigil kedinginan. Saya teringat dengan masakan ibu di malam itu dengan kondisi yang serupa.

Ibu yang bangun sejak pagi, tak kenal lelah bekerja keras sepanjang hari. Ia membereskan rumah seorang diri, hingga tiba jam makan malam pun ibu masih saja sibuk sendiri di dapur kecil kami.

Tepat jam tujuh malam ibu selesai menghidangkan makan malam untuk ayah, sangat sederhana, berupa telur mata kerbau, tempe goreng, sambal ikan bilis dan nasi.



Sayangnya, kerana sibuk mengurusi adik yang merengek, tempe dan telor gorengnya sedikit hangus.

Saya melihat ibu sedikit panik, tapi tidak dapat  berbuat apa. Minyak goreng pun sudah habis.

Kami menunggu dengan tegang, apa reaksi ayah yang pulang kerja? Sudah letih, kemudian melihat makan malamnya hanya dengan tempe dan telur hangus.

Namun sungguh luar biasa! Ayah dengan tenang menikmati dan memakan semua yang disiapkan ibu dengan senyuman yang tak hilang dari pandangan.

Ayah bahkan berkata, “Bu terima kasih ya!” Lalu ayah juga menanyakan kegiatan saya dan adik di sekolah.

Selesai makan, masih di meja makan, saya mendengar ibu meminta maaf kerana telor dan tempe yang hangus  itu.

Dan satu hal yang tidak pernah saya lupakan adalah apa yang ayah katakan:

“Sayang, aku suka telor dan tempe yang hangus.”

Sebelum tidur, saya pergi ke bilik  ayah dan bertanya, “Apakah ayah benar-benar menyukai telur dan tempe hangus?”

Ayah memeluk saya dengan kedua lengannya erat sekali sambil berkata, “Anakku, ibu sudah bekerja keras sepanjang hari dan dia benar-benar sudah letih . Jadi, sepotong telor dan tempe yang hangus tidak akan menyakiti siapa pun anakku.”

Ini pelajaran yang saya praktikkan di tahun-tahun berikutnya, “Belajar menerima kesalahan orang lain adalah kunci yang sangat penting untuk menciptakan sebuah hubungan yang sihat, bertumbuh & abadi.”

Ingatlah! Bahwa emosi tidak akan pernah menyelesaikan masalah yang ada, jadi selalulah berfikir dewasa. Mengapa sesuatu hal itu boleh  terjadi? Pasti punya alasannya sendiri.

Janganlah kita menjadi orang yang egois dan hanya ingin dimengerti, tapi tidak ingin mengertikan orang lain.

Tua itu pasti, tapi dewasa itu pilihan.


sumber : zilzaal

Sunday 22 July 2012

NAMA SAYA ANGELA, SEORANG MUSLIM


 

PEMILIK sepasang mata biru dan rambut perang ini, Angela Collins, 36, lahir dalam keluarga penuh kasih sayang dan berpegang kuat pada ajaran Katolik yang diwarisi sejak turun-temurun.

Membesar di California, Amerika Syarikat, Angela hidup dalam budaya Barat yang sebelum ini dianggap sebagai cara hidup yang ideal.

Bagaimanapun, tragedi serangan berani mati yang melakar sejarah hitam pada 11 September 2001 di New York itu membuka mata wanita ini untuk mendalami Islam.

“Walaupun ada ahli keluarga yang meninggal dunia dalam serangan itu, saya tetap bulatkan hati untuk memeluk Islam.

“Islam yang saya kaji adalah agama yang cukup indah, tidak seperti yang digambarkan Barat sebagai agama yang ekstrem.

“Saya juga percaya dengan kandungan al-Quran yang saya yakin diturunkan oleh Allah S.W.T., bukannya karangan manusia. Selain itu, hidup saya juga berpandukan sunah Rasulullah. Dua perkara ini sudah cukup untuk menjadi sumber pegangan dan panduan hidup saya,” katanya.

Sebenarnya, ketika usianya 14 tahun lagi, Angela sudah mempersoalkan konsep triniti dalam agamanya. Baginya ia suatu konsep kepercayaan yang cukup sulit dan kompleks untuk difahami.

“Semakin lama saya cuba memahami konsep itu, semakin kabur penjelasan yang saya terima.

“Saya bingung, mengapa Tuhan wujud dalam bentuk manusia dan membiarkan dirinya mati untuk menebus dosa dan membuktikan kebenaran tentang penyalibannya?

“Saya pergi berjumpa dengan beberapa orang paderi dan bertanyakan hal yang sama, tetapi saya tidak temui jawapan yang saya cari.

“Ketika itu, hati saya kuat mengatakan manusia perlu mempercayai hanya satu Tuhan iaitu Tuhan yang menciptakan segala-galanya. Paling penting, Tuhan bukan manusia. Ketika itu, tidak ada penjelasan lain yang saya rasa lebih rasional,” tukasnya.

Keluarga

Lantas, selepas hatinya mantap dengan keyakinan bahawa Tuhan itu satu, Angela mengucapkan kalimah syahadah seminggu selepas tragedi hitam 11 September.

Ketika itu, dunia sedang menyorot Islam sebagai agama terroris, namun, wanita ini tetap teguh dengan keislaman yang menjadi pilihannya malah pada detik bergelar sebagai seorang Muslim, Angela terus menutup auratnya sehingga ke hari ini.

“Islam adalah agama yang datang untuk membetulkan kesalahan manusia yang telah mengubah wahyu Tuhan kepada nabi-nabi terdahulu atas dasar kepentingan mereka sendiri.

“Islam itu sederhana. Allah ialah Tuhan yang menciptakan manusia dan kita menyembah-Nya. Allah mengutus para nabi seperti Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad untuk menyampaikan pesanan-Nya pada manusia,” jelas Angela.

Menurutnya lagi, dalam Islam, Nabi Isa yang dipanggil Jesus cuma seorang nabi dan dia akan datang kembali ke dunia sebelum Hari Kiamat.



Tambahnya, sebagai orang Islam, kita tahu bahawa apa pun yang dilakukan perlu dimulakan dengan niat sebelum mentranformasikan niat tersebut dengan ikhtiar untuk melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Islam.

Bersyukur kerana keluarganya menerima baik keputusannya memeluk Islam, Angela bertambah yakin bahawa Islam bukanlah agama pengganas seperti yang dilabel oleh sebahagian besar masyarakat Barat.

“Bapa saya, Dan Collins menghormati keputusan saya. Begitu juga dengan ibu. Ketika baru-baru memeluk Islam, saya memberitahu mereka, hubungan kekeluargaan tidak akan terputus hanya kerana saya sudah memeluk Islam. Sebaliknya, saya meyakinkan mereka bahawa saya tetap menyayangi mereka hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, ibu bapa sangat memahami kehendak saya. Pesan mereka, jadilah Muslim yang baik, jangan tinggalkan mereka dan jangan jadi pengganas,” kata Angela yang turut menolak keganasan lebih-lebih lagi terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dia yang kini menjadi guru agama kepada kanak-kanak di komuniti Muslim di California menyifatkan, hidayah yang Allah berikan kepadanya adalah perkara paling indah yang pernah dilalui sepanjang hidupnya.

“Allah telah membuka hati saya. Dia tiupkan iman dalam hati yang dahulu tercari-cari siapa Tuhan dan di mana Tuhan.

“Mempelajari Islam membuka mata saya kepada erti kehidupan yang sebenar. Biarpun ada yang kata saya kolot, membalut tubuh dengan pakaian labuh dan tudung kepala, namun, bagi saya itulah kemanisan Islam.

“Saya hanya melaksanakan tuntutan agama yang diperintahkan Allah melalui kitab suci al-Quran. Apa yang saya harapkan, Allah akan terus merahmati kehidupan saya di dunia dan akhirat,” katanya.

Ditanya mengapa dia masih mengekalkan namanya, sambil tersenyum, Angela ringkas menjawab:

“Saya bangga dengan nama yang ibu saya berikan. Saya Angela dan saya ialah seorang Muslim,” jawabnya.

sumber: Kosmo!Online

Friday 20 July 2012

30 TAHUN SOLAT DI JALANAN KAKI




Mengakrabi jalanan telah dilakoni Rosmiza (57) selama 30 tahun. Selama itu pula, pinggiran Jalan Gatot Subroto, Medan, yang padat dan ramai oleh lalu lalang kenderaan menjadi tempatnya beribadah.


Ya, selama itu pula Rosmiza tak pernah meninggalkan sholat, kendati harus melakukannya di atas jalanan kaki di pinggir jalan raya. Terik mentari dan basah hujan bukanlah alasan baginya untuk tidak menjalankan kewajibannya sebagai hamba Allah.


Suara ekzos motorsikal dan bunyi riuh hon  kenderaan tak sedikit pun mengurangi kekhusukannya. Jiwanya tetap tenang mengucap seribu doa dan syukur kepada Ilahi.






"Sholat dimana pun akan sama saja, kerana bukan suasana yang pengaruhi doa saya," ucapnya sambil tersenyum simpul.


Air wudhu didapatkannya dari kedai kuih-muih atau dealer kereta yang tak jauh dari tempatnya berdagang. Jika hujan, dia solat di depan kedai  yang terhindar dari hujan. "Tak ada alasan untuk tidak sholat," tegasnya.


Nenek empat cucu ini sempat menitiskan air mata ketika menceritakan kisah hidup yang belum boleh  dikatakan sejahtera. Dia berusaha sambil berdoa, itu yang menurutnya sangat penting. Hingga dia tak pernah merasa pernah terhimpit masalah berat. Dia hadapi semua dengan senyum dan syukur.



Nagasari




Rosmiza sehari-hari berdagang lemang, kueh timpan dan nagasari bersama suaminya. Lemang bukanlah buatannya, melainkan dia membelinya dari orang lain. Dia hanya membuat kueh tambahan untuk memperbanyak dagangan.

Kueh Timpan




Ketika pagi menjemput, dia berdagang di Pasar Kampung Lalang, tetapi sehabis solat Dzuhur dia berdagang di Jalan Gatot Subroto, tepat di seberang Hotel Alpha Inn, Medan.


Setiap harinya, dia menyelesaikan solat dua waktu (Ashar dan Maghrib) di pinggir Jalan Gatot Subroto, tepat di sebelah gerai dagangannya.


Tak banyak yang dia dapat per hari, tetapi cukup memenuhi keperluan  hidup hariannya. Bahkan, dia sudah menyekolahkan anaknya hingga sederajat sekolah menengah atas (SMA) dari hasil berdagang lemang. Dia sebenarnya mahu menguliahkan anak-anaknya, tetapi sayangnya tak satu pun anaknya yang berniat mengecap bangku kuliah.


Wajah seorang perempuan yang masih berseri ini percaya bahawab hidupnya akan berarti jika terus taat kepada Allah SWT.


"Dunia ini berapalah lamanya, dan saya tidak akan dapat apa-apa dari sini. Kalau mati, akan sirna semua," ujarnya sambil  menatap nanar ke arah lalu lalang kendaraan.

sumber: zilzaal

Tuesday 17 July 2012

LELAKI OKU MERANGKAK KE MASJID SETIAP HARI

 

Susuk lelaki tua OKU merangkak ke masjid berdekatan setiap hari adalah sesuatu yang biasa dilihat oleh penduduk di sebuah perkambungan di Arab Saudi. Sesetengah mereka yang saban hari menyaksikan kesungguhan, ketaatan, dan keazaman lelaki itu merangkak ke masjid untuk setiap waktu solat mungkin telah meninggal dunia kerana usia lelaki itu kini mencecah 76 tahun.

Sejak kecil, Abdullah Al Asiri dilaporkan tidak pernah terlepas menunaikan solat secara berjemaah. Beliau bertegas untuk menunaikan solat lima waktu di masjid walaupun mengalami kecacatan di bahagian kaki.

Asiri dilahirkan cacat dalam sebuah keluarga yang terdiri daripada 10 orang ahli - ibu bapanya, tiga saudara lelaki dan empat saudara perempuan. Setelah kehilangan orang tua, kebajikan Asiri dijaga oleh abang, kakak, sepupu, dan anak saudaranya.

Asiri berulang-alik dari rumah ke masjid di kampung selatan Alaziza sebanyak lima kali sehari selama hampir 65 tahun tanpa mengira terik padang pasir ketika cuaca panas atau kedinginan udara pada waktu malam dan pagi.



sumber: DCM

Saturday 7 July 2012

BALASAN PENJAGA BUAH DELIMA



Buah delima

Dikisahkan, ada seorang bekas hamba yang telah dimerdekakan oleh tuannya. Namanya Mubarak.

 Setelah merdeka, dia bekerja dengan  seorang pemilik kebun sebagai buruh. Suatu hari,  tuan kebun mengunjungi kebunnya bersama dengan beberapa sahabatnya. Dipanggillah Mubarak, "Petikkan kami beberapa buah delima yang manis!," pintanya.


Bergegaslah Mubarak melaksanakan perintah  tuannya. Dia memetik beberapa biji  buah delima dan diserahkannya kepada majikannya itu dan beberapa sahabatnya tadi.

Namun, ketika majikannya mencicipi delima yang dipetik Mubarak, tak satupun ada yang manis. Semuanya masam.  Majikannya marah dan menanyai mubarak, "Apa kamu tak boleh membedakan delima yang manis dan yang masam?"

"Maafkan saya tuan, selama ini tuan belum pernah mempersilakan dan mengizinkan saya makan sebijipun, bagaimana saya boleh membedakan  delima yang manis dan yang masam?," jawab Mubarak.

 Tuannya  merasa kaget dan tak percaya, bertahun-tahun bekerja di kebun itu, tapi Mubarak tak pernah makan satu bijipun. Maka ia menanyakan hal itu kepada tetangga-tetangganya. Mereka semua menjawab, Mubarak tak pernah makan delima barang sebiji pun.

Singkat cerita, selang beberapa hari,  tuannya datang menemui Mubarak untuk dimintai pendapatnya. "Aku hanya ada seorang anak perempuan, dengan siapa aku harus menikahkannya?"

Mubarak menjawab dengan tenang, "Tuan, orang Yahudi menikahkan kerana kekayaan, orang Nashrani menikahkan kerana ketampanan, orang Jahiliyah menikahkan kerana nasab kebangsawanan, sedangkan orang Islam menikahkan kerana ketakwaan. Tuan termasuk golongan mana silakan tuan menikahkan putri tuan dengan cara mereka!"

Pemilik kebun itu berkata, "Demi Allah, aku hanya akan menikahkan putriku atas dasar ketakwaan. Dan aku tidak mendapati laki-laki yang lebih bertakwa kepada Allah melebihi dirimu. Maka aku akan menikahkan putriku denganmu."

Subahanallah, Mubarak menjaga dirinya dari makan buah delima di kebun yang dia bekerja di sana kerana belum pernah diizinkan oleh pemiliknya, namun akhirnya Allah anugerahkan kebun itu beserta pemiliknya kepadanya.

Balasan memang sesuai dengan amal. Barangsiapa meninggalkan sesuatu kerana Allah, niscaya Allah akan menggantinya dengan yang lebih baik.


Subhanallah, Mubarak menjaga dirinya dari makan buah delima di kebun yang dia bekerja di sana karena belum pernah diizinkan oleh pemiliknya, namun akhirnya Allah anugerahkan kebun itu beserta pemiliknya kepadanya.
Benarlah kata-kata Allah ini:

“Barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan membukakan jalan keluar baginya, dan DIA memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangkanya.” (Surah At-Thalaq: 3)


sumber: Zilzaal